Baru nak manja dan belai suami tiba-tiba kena tegur, kasarnya tangan awak, macam tangan lelaki! Kalau suami komen begini itu tandanya anda kena buat sesuatu. Suami mesti mahu pegang tangan isterinya lembut kan. Kalau dah pakai losyen masih tak berhasil nak lembutkan tangan yang kasar tiba masa anda cuba petua alami pula.
 
LIMAU NIPIS
Kulit telapak tangan kasar sebab adanya sel – sel kulit mati. Limau nipis antara petua yang boleh digunakan untuk buang sel ini. Caranya ambil jus dari dua atau tiga biji limau nipis lalu gosok pada seluruh tapak tangan. Lakukan selalu agar sel kulit mata tak berkumpul.  
 
HAMPAS KOPI
Jangan buang hampas kopi ketika buat air ini. Simpan kerana ada khasiatnya. Gosokkan hampas kopi ini pada tangan yang kasar untuk membuat sel kulit mati. Setiap kali buat air kopi, lakukan perkara ini.
 
SUSU SUAM
Panaskan susu dan biarkan ia suam. Kemudian rendam tangan selama lima minit dalam susu, Asid lactit asid dalam susu mampu mengeluarkan kulit mati dan kalsiumnya juga akan menguatkan kuku.
 
MINYAK KELAPA 
Usapkan minyak kepala pada tapak tangan dan biarkan beberapa minit agar ia meresap. Lakukan secara rutin. Sambil buat kerja di dapur pun boleh buat petua ini. 
 
LIDAH BUAYA
Lidah buaya bukan saja  untuk hitam dan lebatkan rambut tapi juga rawat kulit tangan. Cara ambil isi daun lidah buaya dan gosok pada telapak tangan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
 
AIR GARAM
Garam pun ada khasiatnya. Campurkan air panas dengan garam, biarkan suam dan rendam telapak tangan anda yang kasar selama beberapa minit dalam air ini. Buat selalu untuk lihat hasilnya. Tak susah pun.
 
Semua petua ini menggunakan bahan semula jadi jadi tak perlu was-was untuk mencuba. Tapi jangan lah mengharap sekali buat tangan terus lembut, kenalah selalu baru menjadi.
 
Anda Mungkin SUka
KOMEN