Jika wanita lain terpaksa mengikat perut mengekang nafsu untuk makan nasi bagi memiliki bentuk badan sebegini, pelakon  yang lebih dikenali dengan nama Che Ta ini berbeza.

Ibu kepada Aaisyah Dhina Rana ini tidak mampu mengelak dari mengambil makanan ruji ini bagi mengekalkan stamina tubuh. Malah perlu mengambil nasi dua kali sehari supaya bertenaga melakukan tugas harian.

“Saya tiada petua yang spesifik untuk menjaga tubuh badan. Malah diet saya pun agak berbeza daripada orang lain.

“Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan bertenaga saya perlu makan nasi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

“Nasi antara makanan ruji yang sangat penting untuk saya. Saya rasa lebih bertenaga untuk meneruskan aktiviti harian yang kadang-kadang memakan masa sehingga seharian di luar.

“Saya akan pening atau masuk angin jika saya tidak mengambil nasi pada hari itu,” katanya dipetik daripada laman web Astro Gempak.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Ogos/15/4.jpg

Selain perlu mengambil nasi, pelakon berusia 46 tahun ini menegaskan pengambilan sarapan pagi adalah yang paling penting untuk menjaga tubuh badan.

“Setiap pagi saya tidak pernah terlepas untuk mengambil breakfast sebelum memulakan aktiviti harian. Ia sangat penting.

“Selain itu, minum air kosong yang banyak juga penting untuk tubuh badan anda supaya tidak dehydrated,” katanya yang mengamalkan senaman bangkit tubi untuk memastikan perit kekal kempis.
 

Anda Mungkin SUka
KOMEN