Anak dah tiga tapi badan kecil molek macam anak dara. Ha inilah impian wanita yang dah beranak pinak.

Tapi tak mustahil pun nak dapat bentuk badan macam ni. Caranya lepas bersalin kenalah pantang betul-betul.

Badan yang besar pun boleh kurus malah seri wajah pun boleh naik lain macam kalau ibu jaga pantang. Macam apa yang dilakukan oleh Zaza Zaura ini . Sudah punya tiga anak tapi cantik saja!

---------

Saya amal, saya kongsi #carasaya jaga badan terutama bila dalam pantang/selepas bersalin walaupon dah nak masuk anak ke 4.

Okey jom start :

Tak ada yang luar biasa bila cerita bab jaga badan,nak cantik apapon perlu disiplin dan kene sabar.

1.  Amal herba/jamu

Yes,bende yang hari2 sy share hari2 sy post adalah jamu.Kenapa jamu? sejak beranak 1 lagi sy dah diajar makan jamu oleh mak sy lepas je 20hari dalam pantang sy mula makan jamu. Sementara tunggu nifas kering,sy ambil makanan sunnah seperti kurma,kismis..skrg banyak produk berasaskan sunnah.

Kalau dulu sy start dengan air rebusan akar kayu pure tok sy bekalkan.Best minum air akar kayu ni,memula tak perasan dah seminggu nampak pipi dah pink2.

Sebab sihat dalaman,darah "berjalan".Alhamdulillah anak sulong sy tak kene demam kuning so sy amalkan herba2 dengan cepat. Selain minum herba,mandian herba juga tak ketinggalan.Keluar je hospital terus mak sy rebus daun-daun serum untuk sy mandi.

2. Berurut

Part ni memang sy paling suka boleh dikatakan sebulan sekali sy akan panggil makcik urut dalam berurut sy. Jangan tak tahu berurut bagus bukan setakat buang2 angin tapi bagus untuk bentukkan balik pinggul,breast kita ke bentuk asal.Betulkan urat2 yang tersimpul baru lah rasa ringan aje badan.

3.  Kurang pengambilan air masak ketika pantang

Yang ni mungkin ramai rasa agak mengarut tapi ntah lah,sy mmg dah diajar dari dalam pantang kurangkan minum air masak tapi gantikan dengan air kayu sepang.

Air kayu ni mak sy akan siap2 kan letak tepi katil."Kalau haus,minum ni..." kata mak sy sampai sekarang walaupon pantang sendiri sy still ingat dan amalkan.Kayu sepang ni boleh beli dikedai2 ubar cina.Minum air dalam keadaan duduk bukan berdiri.

4. Bertungku

Ramai yang malas bab ni kan? tapi sy tak!! sy ada 3 jenis tungku dan paling sy suka tungku jenis besi bulat size kecil.Sy akan tungku 2-3 kali sehari biasenya waktu subuh..selepas mandi bagi badan hangat semula dan malam sekali sebelum makan.

Tungku bukan setakat kat perut,pinggul + betis + celah kangkang.Banyak kebaikan bertungku salah satu boleh pecahkan angin.Bersalin no 2 sy kene rengat teruk so dengan bertungku la dapat legakan rengat.

5. Berbengkung

Yang ni pon part paling sy disiplin,sy pakai bengkung 44hari buka hanya time mandi/buang air. Yang ni la kunci paling utama untuk perut kekal xbuncit.Sy akan pakai bengkung selepas bertungku dan sebelum makan.

Kenapa? bila makan dalam berbengkung diperut,sy akan makan sikit. Bukan diet tapi dalam pantang makan sikit2 tapi kerap,itu pesan orang lama2 dan sy ambil pakai.

Alhamdulillah..mmg berhasil dan sy bersalin normal,sapu kapur + limau nipis..ampun,seksa.Tapi skrg dah guna krim2 barut + losen panas so senang. Sy bengkung ikat dari peha sampai atas. Untuk sy kecilkan balik peha2 that y sy bengkung dari peha.Time ni la jalan terkepit-kepit hihi

6. Jaga makan

Ada kala terbabas juga lagi2 duk tengok menu pantang sekarang rasa macam pelik2.Suka sy kongsi yang sy memang tak makan bende2 lauk bergoreng dalam pantang sebab minyak.Minyak ni la yang buatkan kita lambat nak slim.

Apa2 punca pon sy percaya dari permakanan dan perut kita so sy elakkan bende2 makanan yang sejuk,santan,berminyak dan bergoreng. Sy tak diet tapi sy amalkan makan cukup masa,nasi separuh tapi kerap.Faham kan..

Ayam daging sy lambatkan makan biasenya masuk hari ke 20 dalam pantang baru start mkn.Awal2 makan ikan selar aje lerrr.Ikan kering tak sentuh kadang makan ikan bilis pon xboleh boleh buatkan "tut" gatal and bebau.

7. Berstokin

Angin mudah masuk melalui kaki so pakai stokin sangat perlu even xdalam pantang sekalipon.Sy berstokin dalam pantang part jari ibu kaki la paling takut tersepak takot tumpah darah pesan orang tua2 so jangan malas pakai stokin

8. Aircon

Sy cuba elakkan aircon cuma kadang bila bersalin dalam bilik hsptl 2-3 hari yg dah ada aircon so xdapat nak dielakkan tapi berpantang memang tak duduk dalam aircon. Sy tak boleh sejuk and tak tahan sejuk.

9. Pantang bersama suami

100 hari sebolehnya tapi 60hari pon paling awal so cuba la elak.Even dalam pantang cuba la jangan cuba2 utk berasa berahi kerana urat boleh kembang.

10. Elak angkat bende berat/ senaman berat

awal2 sy memang tak berani angkat barang berat2 kadang dukung anak 2tahun pon tak berani takot peranakan turun apatah lagi senaman berat.Silap haribulan boleh buasir or tombong.

Basuh baju/basuh pinggan paling sy pantang sebab terkena air,sy cuba elakkan dari banyak kene air.Nak berpeluh cara melayu..paling sy suka BERSALAI,bertangas..yaa ampun best sangat.Peluh keluar tik tikk macam mandi 💪🏻

11. Pantang keluar rumah

Lagi seksa bila berpantang dengan toki sy 😅 nak keluar duk depan umah pon die tak kasi.Takdek nak melawo-lawo,xdek nak mekap2..pantang time raya pon,just kain batik aje.Time ni sy "busuk2 aje"..Tapi bila abis je dah "pelepas" pantang,terus start melawo.Haaa time tu la bagaikan dihidupkan semula.

Lepas bersalin urat kita kembang,bukan kembang kita gemok sebab tu tak guna time ni kita mekap2,kita kene sihatkan dulu dalaman.Percaya la,tak rugi dan tak menyesal cuma perlu bersabar.

Suami TOLONG ambil bahagian bila isteri dalam pantang,awk juga nak isteri awak cantik kan?

Apapon perkongsian sy agar dapat manfaat buat semua.

Sumber: Zaza Zaura

 

KOMEN