Tidur ketika waktu datang bulan atau haid mungkin menyebabkan ketidakselesaan pada sesetengah kaum wanita. Apatah lagi jika aliran haid yang banyak dan mengalami senggugut. Ada yang tak dapat tidur, berguling-guling di atas katil kerana menahan kesakitan.

Namun info ini mungkin dapat menyelesaikan masalah dan ketidakselesaan anda ketika haid. Clue iaitu aplikasi yang meramalkan tarikh haid telah melakukan kajian dan mendapati bahawa tidur dalam kedudukan fetal iaitu lutut diangkat hingga ke dada dan tangan memeluk kaki bukan saja mampu mengurangkan kesakitan di bahagian abdomen tapi juga mengelakkan kebocoran ketika tidur.

Pun begitu kumpulan yang membuat kajian ini turut menyatakan bahawa posisi tidur ini bukanlah disarankan kerana ia boleh menyebabkan sakit belakang dan juga leher. Namun ketika haid, wanita yang tidur dalam posisi fetal ini dapat mengurangkan simptom senggugut.

Elakkan posisi ini

Apa yang pasti kedudukan ini mungkin tidak sesuai atau selesa untuk semua wanita, namun anda boleh saja untuk mencuba. Cuma satu pesanan pakar iaitu ketika haid elakkan tidur dalam keadaan menelangkup yang memberi tekanan kepada bahagian perut. Ia akan menekan bahagian rahim dan menyebabkan lebih banyak darah keluar.
 

 

Sumber: www.dailymail.uk

 

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN