Kebanyakan wanita berhijab memiliki banyak koleksi tudung pelbagai warna. Namun menjadi masalahnya sebahagian daripadanya tidak dipakai kerana dirasakan tidak sesuai.

Ada yang merasakan wajah nampak kusam, garang dengan warna tudung tertentu. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa untuk memastikan wajah nampak berseri warna hijab perlu sesuai dengan usia.

Perkara ini diutarakan oleh seorang pereka busana muslimah daripada Indonesia iaitu Restu Anggraeini. Berikut adalah tip pemilihan warna tudung mengikut usia yang disarankan.

Warna Tudung Wanita Usia 30 Tahun

Bagi wanita usia 30 tahun tudung dengan skema earth colour adalah paling sesuai. Ini kerana kulit wajah wanita pada usia ini masih lagi segar membolehkan mereka menggunakan warna-warna yang solid.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/20/elementsearth2.jpg


Pilihan hijab rona merah tua atau maroon, navy, dan hitam, serasi untuk anda yang pada usia ini.  Sebab, warna-warna ini dilihat lebih cerah jika digunakan oleh wanita muda berbanding yang sudah berusia.

Warna Tudung Wanita Usia 40 Tahun

Namun bagi wanita yang berusia 40 tahun dan ke atas disarankan mereka menggunakan warna-warna yang lebih cerah supaya aura lebih terserlah dan kelihatan lebih segar.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/20/roz.jpg


Warna-warna tudung yang boleh dipilih adalah kuning, unggu, merah jambu dan warna-warna lain yang kelihatan cerah. Warna ini juga membantu wanita pada usia 40-an nampak lebih muda.

Dalam memilih tudung ini pastikan ia diserasikan dengan warna kulit wajah dan warna pakaian agar penampilan tampak sempurna.

 

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN