Trend mekap Smokey Eye dah berlalu, kini tampil pula gaya mekap mata yang lebih berani. Rainbow Eyebrow mungkin belum sampai lagi ke Malaysia tapi sudah menular di negara Barat.

Rainbow Eyebrow adalah gaya alis yang diwarnakan dengan rona-rona pelangi sama ada menggunakan satu atau pelbagai warna mengikut kreativiti masing-masing.

Trend ini dicipta oleh syarikat kosmetik Wingky Lux yang sebelum itu melancarkan rainbow palette atau krim khusus untuk alis dengan warna-warna selain hitam dan coklat. Selain itu rangkaian produk ini turut menawarkan eyebrow wax yang berfungsi menjadikan warna lebih pekat.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/241115/WinkyLux.jpg


Menurut pengasas Winky Lux, Natalie Mackey, Rainbow Eyebrow atau alis pelangi ini adalah seni mekap yang eksklusif dan hanya mereka yang meminati akan menghayati hasil seni ini.

Rainbow Brow ini juga katanya dicipta hasil gabungan muzik dan juga pertunjukan fesyen yang disasarkan kepada golongan muda mudi. Kebanyakan mereka dilihat lebih berani bereksperimen dengan gaya baru termasuk mengaplikasikan Rainbow Eyebrow.

Berikut antara seni mekap Rainbow Eyebrow yang diambil dari Instagram peminat gaya ini.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/241115/eye1.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/241115/eye2.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/241115/eye5.jpg

 

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/241115/eye4.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/241115/eye3.jpg

Ada yang berani cuba? Rasanya takkan jadi kita tengok saja lah hasil seni ini.

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN