Geramkan bila lihat blackhead pada hidung dan pipi. Sudah ditempel dengan bedak tetap juga kelihatan. Sudah guna blackhead remover tapi masih juga ada di situ. Jika banyak cara dipraktikkan tak berkesan, tiba masa anda cuba ramuan semula jadi ini. 
 
Beras
Rendam beras dalam susu selama lima jam, kemudian kisar hingga jadi seperti pes. Gunakan sebagai skrub pada hidung dan bahagian wajah lain.
 
Oat
Kisar oat hingga halus kemudian tambah dengan air mawar. Sapu bancuhan ini pada wajah lalu biarkan selama 15 minit. Basuh menggunakan air sejuk.
 
Madu
Madu juga boleh digunakan untuk membuang blackhead. Sapukan madu pada bahagian terbabit dan biar selama 15 minit sebelum dibasuh. 
 
Limau nipis
Ambil jus limau dan campur dengan serbuk kulit kayu manis. Sapukan bancuhan ini pada blackhead, biar semalaman dan basuh pada pagi hari.
 
Tepung jagung
Campur tepung jagung dengan cuka hingga menjadi seperti pes. Sapu pada wajah dan biar selama 15 hingga 30 minit. Basuh dengan air suami dan lap kering.
 
Selamat mencuba!
 
KOMEN
Artikel Berkaitan