Beg tangan berat memang sinonim dengan wanita. Mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan kita tidak merasakan ia sebagai satu masalah. Malah kita akan rasa kekok pula jika beg tangan terasa ringan.

Tapi hakikatnya rutin membawa beg tangan berat terutama melebihi tiga kilogram mampu menjejaskan kesihatan tubuh wanita. Ini yang berlaku bila anda beg tangan yang berat setiap hari.

1. Jejas keseimbangan tubuh
Bila berjalan kaki dan tangan kita akan turut dihayunkan, ini salah satu cara semula jadi untuk tubuh mendapatkan kesimbanganya. Namun apabila kita meletakkan beg pada satu bahu, bermakna sebelah tangan tidak dapat dihayunkan dengan sempurna. Perkara ini dikatakan menjejaskan keseimbangan tubuh.

2. Pembentukan otot bahu tidak seimbang
Selalunya kita mengenakan beg pada bahu yang kita selesa. Tapi tekanan demi tekanan ini menyebabkan otot bahu dominan ini membesar berbanding sebelah lagi.

3. Kebas

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/14/Fashion-kills-Bags-02-pg-full.jpg

Beban pada bahu ini juga akan menyebabkan rasa kebas dan sakit bila ia dipikul dalam tempoh yang lama. Perkara yang sama Ia juga boleh dirasai pada bahagian belakang leher.

4. Sakit kepala
Sesetengah wanita akan menghadapi masalah sakit kepala akibat otot bahu dipaksa memikul beban yang berat. Apabila otot pada bahu dan leher kejang, ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang kepala yang kemudian akan membawa bahagian depan kepala juga.

Cara mengurangkan bebanan beg tangan

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/14/bag-stuff-628x363.jpg

Bagi mengelakkan semua masalah di atas berlaku, sebaiknya kita praktikan perkara ini.

  • Keluarkan barang yang tidak perlu dibawa.
  • Pilih beg dengan tali yang lebar. Ia akan mengurangkan tekanan pada bahu dan mengelakkan kecederaan.
  • Jangan bawa beg pada sebelah bahu dalam tempoh yang lama. Alih beg pada bahu sebelah lagi.
  • Elak pakai kasut tinggi kerana kombinasi kasut tinggi dan beg berat adalah bencana. Ia memudahkan akan untuk mendapat sakit belakang dan kecederaan.
  • Pilih beg yang kecil- kurang barang untuk diisi bermakna kurang berat beg.


Sumber: http://www.huffingtonpost.com
 

Anda Mungkin SUka
KOMEN