Dilema wanita yang pakai kaca mata salah satunya adalah mengenakan mekap. Meskipun sudah merias wajah tapi selalunya tidak menyerlah terutama di bahagian mata. Bagi menyelesaikan masalah ini anda mungkin aplikasikan tip mekap khusus  untuk yang berkaca mata. Begini caranya;
 
1. Rapikan bulu kening – walaupun memakai kaca mata tapi bulu kening tetap akan nampak, jadi sentiasa rapikan bahagian ini.
 
2. Eyeshadow  warna neutral – sebaiknya senada dengan warna bingkai atau warna mata. Eyeshadow atau pembayang mata yang terang buat mata nampak berat. Pilihan terbaik warna nude, coklat atau coral. Boleh juga pilih eyeshadow yang shimmering atau berkilat.
 
3. Elak bedak asas jenis cecair -  ia boleh tinggalkan kesan bingkai pada batang hidung dan pipi. Jadi pilih dalam bentuk kompak.
 
4. Maskara perlu banyak - memandangkan terselindung dek cermin mata jadi anda perlu mengoles banyak maskara supaya bulu mata nampak jelas. Pilih maskara yang boleh member kesan bulu mata lebat.
 
5. Eyeliner ikut bingkai – bentuk eyeliner  ikut bingkai kaca mata, jika bingkai tebal maka eyeliner kena tebal, begitu juga sebaliknya. 
 
6. Teknik cat eye - ia sesuai bagi yang mahu mata nampak lebih menyerlah. Tapi pastikan eyeline hanya setakat hujung bulu mata, tidak terlalu panjang. Boleh cuba dulu untuk tengok kesesuaiannya. 
 
7. Gincu - pilih warna terang seperti merah atau pink. Warna ni akan menjadikan perhatian beralih ke bahagian bibir dan bukan bingkai kaca mata. Ia juga buat wajah anda nampak berbeza.
 
8. Pemerah pipi jangan lupa – ini dapat menonjolkan bahagian pipi yang mungkin terlindung dek bingkai.
 
Dah tahu tip mekap yang sesuai kan, apa lagi esok pagi sebelum ke pejabat praktikkan!
 
 
Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN