Melihat wanita muda biasanya rakan sekerja yang cantik, bergaya dan bergetah di pejabat ramai suami yang tergugat iman. Hati mula berkata, cantiknya tak macam isteri aku di rumah.

Jika anda mencari kekurangan isteri dengan membuat perbandingan ini ia sebenarnya sangat tidak adil. 4 perkara ini mungkin boleh menyedarkan kaum suami.

Tangan gadis muda memang lembut untuk disentuh dan dibelai tapi...

Tangan gadis muda mungkin dilihat lembut dan lentik cukup lembut untuk membelai. Tapi sedarkah suami bahawa isteri anda di rumah tak mungkin boleh memiliki tangan dan kuku yang sedemikian.

Kuku yang runcing pasti menyukarkan mereka menguruskan anak, membersihkan dapur, memberus bilik air, menyapu rumah dan halaman agar semuanya bersih di pandangan suami.

Dada isteri tak lagi montok kerana...

Jangan bandingkan dada isteri yang sudah kendur dengan dada wanita muda yang mantap dan montok. Cuba tatap anak-anak yang lincah berlari, bijak di sekolah, ia adalah dari dada isteri yang bertahun-tahun menyusukan mereka. Jadi sudah tentu ia berubah kendur tidak semontok aset sang gadis.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.577597.1477394356!/image/image.jpg

Ada sebab isteri tak pakai perfume

Suami mungkin mengeluh bila menghidu isteri yang berbau bawang dan peluh bila pulang ke rumah sedangkan wanita muda yang menjadi rakan sepejabat berbau haruman mahal yang menggoda.

Perhatikan keadaan isteri di rumah, dia memasak, menjaga dan mendukung anak, membasuh dan mengemas rumah yang mana tugas itu tak pernah selesai dari pagi hingga ke malam.

Jadi mana mungkin dengan tugas sedemikian isteri menggunakan minyak wangi mahal. Lebih sesuai dengan calitan minyak angin atau pun koyok saja.

Lipstik isteri hanya ada satu

Usah bandingkan bibir wanita muda yang merah merekah dengan warna lipstik dan pakaian cantik dan kasut tumit tinggi. Hakikatnya isteri mungkin hanya ada satu lipstik saja.

Dia memang mahu memiliki koleksi mekap mencantikkan diri untuk suami tapi bila melihat harganya yang mahal fikiran isteri selalu terlintas daripada beli gincu yang mahal baik dibeli barang dapur, stok seminggu.

 

 

 

KOMEN
Artikel Berkaitan