Ramai yang tak percaya bila model daripada Jepun, Masako Mizutani mendedahkan usianya yang sebenar.

Memiliki kulit wajah yang cerah, cantik serta bentuk badan yang langsing pasti ada yang mengatakan dia berusia 20-an. Hakikatnya model yang banyak terbabit dengan iklan gaya hidup sihat ini sudah pun berusia 48 tahun.

Tanpa melakukan pembedahan kosmetik, Masako yang lahir pada 15 September 1968 telah memberi inspirasi pada ramai wanita untuk mengamakan gaya hidup sihat iaitu menjaga pemakanan, sentiasa bersenam dan selalu merawat diri.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Ogos/11/lagi.jpg

Wanita yang mempunyai seorang anak gadis berusia 20 tahun ini juga turut berkongsi rahsia awet muda yang diamalkan.

“Anda perlu bersenam dengan teratur, pastikan tubuh dan fikiran kekal aktif untuk kelihatan muda. Anda juga harus dapat tidur cukup dan menjauhi merokok,” jelasnya dalam laporan www.mirror.co.uk.

Masako turut menekankan amalan pemakanan segar dan sihat adalah penting untuk kecantikan kulit serta tubuh.

“Makan makanan yang tepat dan sihat akan memberi kesan pada tubuh kita. Diet anda perlu seimbang dan makan empat kali sehari dalam kuantiti yang sedikit,” katanya.

Turut ditekankan oleh Mizutani adalah rawatan kulit secara rutin agar wajah kekal bersih, segar dan kelihatan muda.

“Rawatan kulit dan jenis produk yang digunakan sangat penting dalam ritual kecantikan. Namun, anda juga harus waspada juga pada faktor persekitaran yang buruk seperti pencemaran, debu, dan kotoran. Tiga perkara ini boleh menyebabkan rawatan kulit yang dilakukan jadi sia-sia,” katanya.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Ogos/11/mj2L3eu.jpg

Dalam pada itu Masako juga mengamalkan minum air putih yang banyak agar kulit kekal lembap selain makan buah-buahan, sayuran,susu serta kekacang untuk memberi nutrisi kepada kulit.

Akhir sekali dia menyarankan agar wanita pada usia matang sepertinya agar lebih bijak memilih produk kecantikan yang hendak digunakan. Katanya pastikan produk untuk wajah dan perawatan kulit mengandungi vitamin E.

“Pilih warna yang ringan dan formula yang kurang bahan kimia. Jangan kenakan warna-warna terang dan terlalu gelap, ia akan menyebabkan anda nampak tua dan kusam,"kongsi Masako.
 

 

 

 

KOMEN
Artikel Berkaitan