Jika sekarang kita tak memiliki kulit wajah yang putih dan halus, tak bermakna kita tidak akan memperolehnya. Apa yang penting kita berusaha.

Ada banyak cara menggunakan bahan semula jadi untuk memutihkan wajah. Apa yang perlu rajinkan diri untuk mempraktikkannya.

Berikut adalah tip mencerahkan wajah yang boleh anda lakukan setiap malam untuk melihat hasilnya dan tak mustahil kulit wajah anda jadi putih dan mulus bak Nora Danish.

Madu
Madu bertindak sebagai agen pemutih dan pelembap kulit. Selain itu ia juga sebagai antibakteria. Cara paling mudah  mendapatkan kulit cerah adalah mengoleskan madu pada wajah, biarkan selama 5 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Betik
Menggosok sepotong betik pada wajah dan mencucinya setelah 2-3 minit juga dapat membantu mencerahkan wajah.

Lemon
Siapa yang tak tahu lemon bermanfaat untuk mencerahkan kulit? Caranya mudah, oles hirisan lemon pada kulit dan bilas setelah 5 minit.

Timun

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/28/ff844c42305ce04edb5db2f9553b8d48.jpg

Selain untuk menyegarkan mata, hirisan timun yang ditempelkan pada wajah selama beberapa minit juga dapat menyihatkan kulit bahagian ini.

Kunyit
Antiseptik dan antibakteria yang baik terdapat dalam kunyit, sebab itu masker kunyit baik untuk mencerahkan wajah. Caranya, campurkan susu dengan kunyit terlebih dahulu, kemudian oles pada wajah dan bilas setelah 10 minit. Tapi sekarang masker dari kunyit dah ada di pasaran.

Aloe Vera
Jika anda memiliki warna kulit tak sekata, (kulit berbelang), gel aloe vera boleh menjadi cara yang baik untuk memberi tona yang lebih sekata.

Limau
Vitamin C yang terdapat dalam limau amat penting untuk menjaga kesihatan kulit. Selain itu, limau juga boleh menjadi agen pencerah kulit jika dicampurkan setengah cawan air limau dan setengah sudu teh kunyit. Biarkan kering pada wajah sebelum dibilas.  

Mudah saja tip ini kan. Selamat mencuba

Sumber: www.boldsky.com

 

KOMEN
Artikel Berkaitan