Carta ini dibuat hasil dari pemerhatian daripada dua laman butik online yang popular iaitu Zalora dan Fashion Vallet.

Kita sangka beli baju RM200 dah mahal tapi di sini harganya mak aiii... mencecah ribuan ringgit. Kenapa mahal? Sudah tentulah kerana ia hasil rekaan designer.

Walau kita nampak ia sekadar baju kurung moden namun yang mahalnya ada idea rekaan pereka terkenal selain material yang digunakan.  Terpulang pada anda sama ada sanggup atau tidak menghabiskan wang ribuan ringgit untuk sehelai baju raya.

Tepuk dada tanya selera, apa pun jom kita tengok top 5 harga baju raya paling mahal ini.

1. Rico Rinaldi (RM1,908 – RM4,028)

Ibu dan ayah beliau adalah warga Indonesia yang menetap dan menjadi penduduk tetap Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Beliau sebenarnya agak terkenal di kalangan pereka fesyen kerana sering memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Harga baju kurung moden rekaan beliau yang dijual di Zalora bermula dari RM1,908 – RM4,028.

2. Sapto Djojokartiko (RM550 – RM2,205)

Sapto Djojokartiko, seorang pereka fesyen terkemuka dari Indonesia yang sering menjadi tumpuan penggemar fesyen tempatan dan antarabangsa.

Harga baju kurung moden rekaan beliau yang dijual di Fashion Vallet bermula dari RM550 –RM2,205.

3. Rizalman (RM1,589 – RM409)

Nama Rizalman mungkin biasa didengar berbanding dua pereka fesyen tadi. Walaupun pereka fesyen selebriti terkenal ini masih muda, namun baru-baru ini beliau telah dikurniakan gelaran Datuk bersempena dengan hari keputeraan Sultan Pahang.

Harga baju kurung moden serta kebaya rekaan beliau yang dijual di Zalora bermula dari RM409– RM1,589.

 4. Rizman Ruzaini (RM599 – RM1,199)

Masih ingat busana KLCC yang digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal? Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil merupakan perekanya. Berapa pula harga koleksi rekaan mereka?

Harga baju kurung moden rekaan mereka yang dijual di Fashion Vallet bermula dari RM599 – RM1,199.

 5. Jovian Mandagie (RM400- RM600)

Jovian Mandagie bukanlah nama asing di kalangan penggemar fesyen di Malaysia. Beliau adalah salah satu daripada nama-nama besar dalam industri fesyen tempatan.

 Dalam senarai top 5 ini, baju rekaan beliau berada di nombor 5 kerana harga yang ditawarkan di Zalora bermula dari RM400 – RM600. Kita sangka selama ini, dialah yang paling mahal kan.

 So macam mana, ada yang berkenan. Cantik memang cantik tapi jangan sampai bergolok bergadai semata-mata nak nampak cantik di hari raya.

 

Sumber: http://www.majalahlabur.com

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN