Tak semua dilahirkan dengan hidung yang mancung, bagi korang yang dalam kategori hidung tak tinggi ni jangan kecewa. Ada tip yang boleh bantu hidung nampak mancung seperti pelakon Hindustan. Tak perlu bedah plastik, tipnya guna eye shadow saja.

Ikut langkah ini:

1. Ambil pembayang mata atau eye shadow warna coklat. Boleh juga gunakan bedak dengan warna satu atau dua kali lebih gelap dari warna kulit bahagian hidung.

2. Sapukan pada bahagian cuping atau tepi hidung bermula dari sudut mata bahagian dalam hingga ke bawah hidung. Ia dilakukan agar hidung kelihatan lebih tirus dan panjang.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/26/hidung.jpg

3. Untuk kesan lebih sempurna, beri kesan highlight sepanjang garis tulang hidung. Caranya dengan menyapu eyeshadow menggunakan warna lebih muda. Sapu dari pangkal hingga hujung hidung. Trik ini untuk  membuat hidung runcing.
 
4. Akhir sekali, gunakan bedak untuk menutupi bahagian gelap sekitar hidung. Ketelitian banyak  mempengaruhi hasil mekap hidung ini.

Pastikan anda mencuba dahulu dan kenakan trik mekap 'senatural' yang boleh.

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN