"Kau ni mesti mengandung anak lelaki kan. Muka berseri-seri aku tengok." Mungkin ada mengalami pengalaman ini sewaktu hamil.

Kalau wajah kusam, malas mekap pula dikaitkan dengan mengandung anak perempuan. Benarkah keadaan ini ada kaitan dengan jantina anak dalam kandungan? Mungkin ada yang betul terjadi tapi sebenarnya terdapat penjelasan saintifik tentang apa yang berlaku.

Wajah yang tampak kemerahan dan tegang hingga rupa wanita hamil kelihatan berseri-seri ini ada kaitan dengan perubahan fisiologi yang berlaku pada tubuh mereka.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini terjadi antaranya peningkatan kadar hormon  yang menyebabkan kelenjar minyak pada wajah turut menghasilkan lebih banyak minyak.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/15/1.jpg

Perubahan ini memberi kesan kulit wajah ibu hamil kelihatan sedikit berkilat. Sementara itu peningkatan aliran darah pada kulit pula membuat kulit wajah mereka tampak cerah dan kemerah-merahan. Inilah yang menyebabkan ada yang kelihatan semakin berseri-seri sewaktu hamil.

Tapi keadaan ini tidak berlaku pada semua wanita hamil. Akibat peningkatan hormon dan minyak pada wajah, ada juga yang mula mengalami masalah kulit seperti jerawat dan bintik-bintik kecil berwarna merah muncul.

Beruntunglah bagi anda yang tidak mengalami masalah kulit wajah. Jadi sekarang kita dah tahu wajah ibu mengandung yang berseri tu tiada kaitan dengan jantina anak. Kalau ada pun cuma kebetulan.
 


Sumber: www.goodhousekeeping.com

 

 

KOMEN