Salah satu cara nak putihkan kulit adalah melalui penggunaan skrub. Rawatan skrub ini berfungsi membuang sel kulit mati yang menempel pada wajah membuatkan kulit yang kusam kembali  cerah dan berseri.

Produk skrub ini banyak di pasaran dan boleh dilakukan di rumah saja. Tapi wajah kita jangan disental atau diskrub sembarangan. Setiap jenis kulit muka ada jadual skrub yang tersendiri. Kalau nak kulit kekal putih berseri,  tak ditumbuh jerawat atau bermasalah sila ikut jadual ini.
 

1. Kulit kering dan sensitif – sekali seminggu terutama pada bahagian kulit yang menggelupas.

2. Kulit kombinasi – dua kali seminggu. Gosok perlahan-lahan terutama di bahagian yang kering.                                                                                                                                                   

3. Kulit berminyak – dua kali seminggu atau lebih jika minyak yang dihasilkan berlebihan.

4. Kulit bermasalah – sekali seminggu. Khusus untuk kulit berjerawat tunda rutin skrub hingga jerawat pulih.


http://support.karangkraf.com/editorial/vk/231215/facescrub2.jpg

Rasanya semua tahu jenis kulit masing-masing jadi ikut aturan ni ok. Bagi yang mahu buat sendiri skrub boleh juga. Paling ringkas adalah menggunakan gula perang dan madu. Selamat mencuba.

 

KOMEN