Ada tak kalangan rakan-rakan anda yang masih menggunakan bedak bayi untuk wajah mereka?  Walau ada banyak produk kosmetik dijual di pasaran sekarang tapi mereka lebih senang gunakan produk bayi.

Antara alasan golongan ini kerana mahukan sesuatu yang ringkas dipakai, bimbang menggunakan alat kosmetik yang mengandungi bahan kimia menjejaskan kulit wajah dan  juga kerana sudah terbiasa. Tapi sesuaikah, wanita yang sudah matang menggunakan produk bayi? Semak jawapannya.

Tidak beri kesan buruk pada kulit
Produk bayi tentunya dibuat sesuai dengan jenis kulit bayi maka bahan yang terkandung didalamnya tentu sangat ringan. Jika tiada perubahan pada kulit anda selepas menggunakannya pasti juga ia tidak akan memberikan kesan yang membahayakan pada kulit.Jadi tidak perlu risau untuk menggunakannya.

Sesuai untuk kulit kering
Sekiranya anda memiliki kulit kering, mungkin produk bayi lebih sesuai. Krim untuk bayi biasanya memiliki banyak vitamin E yang mampu memberikan kulit
lapisan pelindung. Losen bayi juga asalnya diciptakan untuk
menjaga kelembapan kulit bayi.

Untuk kulit sensitif juga
Produk bayi juga elok untuk anda yang memiliki jenis kulit sensitif. Produk tersebut diciptakan untuk kulit bayi, sangat lembut dan biasanya tidak memiliki bahan kimia yang berbahaya.

Wangi dan segar
Ini juga alasan wanita dewasa terus menggunakan produk bayi. Ia memiliki aroma yang wangi dan segar.

Tidak menimbulkan jerawat
Jika memiliki masalah dengan jerawat, anda mungkin boleh ketepikan krim lain sebaliknya cuba gunakan losen bayi. Ia tidak memiliki bahan kimia dan menyumbat pori-pori kulit yang menjadi penyebab timbulnya jerawat.

Disaran untuk remaja
Jika anda berusia awal 20-an penggunaan produk bayi disarankan tapi setelah  memasuki usia 30 tahun, kulit anda memerlukakkan rawatan ekstra dengan unsur anti-penuaan.

Tiada perlindungan terhadap sinar matahari
Produk bayi tidak menyediakan perlindungan daripada sinaran matahari pada kulit anda. jadi bagi anda yang selalu keluar sebaiknya mencari krim dengan SPF.

Kesimpulannya, ia memang tiada kesan buruk pun pada kulit anda. Tapi mungkin anda akan berasa sedikit segan bila bermekap bersama teman-teman lain yang menggunakan kosmetik mahal sedangkan anda pakai bedak bayi saja.

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN