Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Faham Perasaan Wanita Sukar Hamil, Datuk Siti Bakal Buka Pusat Rawatan Kesuburan...

Faham Perasaan Wanita Sukar Hamil, Datuk Siti Bakal Buka Pusat Rawatan Kesuburan IVF Tahun Depan

 

Tak semua wanita bergelar isteri bernasib baik dipermudahkan soal rezeki cahaya mata. Datuk Siti Nurhaliza  salah seorang daripadanya.

Hanya selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama dengan Datuk Khalid Jiwa barulah penyanyi no. 1 negara ini dikurniakan rezeki untuk hamil.

Namun untuk berbadan dua itu juga bukan senang. Dia perlu melalui tiga kali rawatan IVF sebelum disahkan hamil.

Demi memastikan kandungan kuat Datuk Siti yang kini hamil 4 bulan juga terpaksa melewati beberapa dugaan besar.

Dugaan tiga bulan pertama

Sebagai seorang yang sibuk dan aktif tapi tatkala disahkan hamil selama tiga bulan pertama dia perlu berkurung di dalam bilik dan dinasihatkan supaya tidak banyak berjalan.

Hatta untuk bergerak dan turun tangga pun perlu menggunakan kerusi roda atau pun didukung suaminya.

“Saya disahkan hamil selepas Aidilfitri lalu. Disebabkan itu, saya perlu fokus dan perlu banyak berehat.

IKLAN

“Selain itu, proses rawatan ini ada banyak peringkat. Sepanjang tiga bulan saya hanya duduk dalam bilik.

“Sehinggakan kalau nak turun naik tangga, suami dukung atau angkat menggunakan kerusi roda. Saya dinasihatkan supaya tidak terlalu banyak bergerak,”ujarnya memetik laporan Harian Metro.

Faham Perasaan Wanita Sukar Hamil, Datuk Siti Bakal Buka Pusat Rawatan Kesuburan IVF Tahun Depan

Umur dah 38, kena kejar masa

Kata Datuk Siti semua itu sanggup diharungi demi menghadirkan seorang cahaya mata yang amat diimpikan malah tidak malu berkongsi cerita rawatan IVF yang dijalani

IKLAN

“Saya okay untuk berkongsi. Kenapa perlu ada rasa malu? Ini kerana ramai lagi yang senasib dengan saya. Malah, ada yang lebih lama. Saya ingin berkongsi dengan wanita lain.

“Memikirkan usia yang kian meningkat, saya perlu kejar masa. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menjalani rawatan IVF buat kali ketiga. Alhamdulillah, Allah SWT berikan rezeki ini,” kata penyanyi berusia 38 tahun.

Selain itu:  Ibu Hamil Perlu Ambil Suplemen Untuk Lebih Sihat, Kurang Nutrisi Boleh Jadi Punca Kelahiran Bayi Pramatang, Tak Cukup Berat

Bakal bukan pusat rawatan kesuburan IVF awal tahun depan

Memahami perasaan wanita yang terlalu menginginkan cahaya mata, Datuk Siti juga melakukan usaha yang cukup murni.

Katanya dia kini dalam proses membuka pusat rawatan kesuburan IVF bawah Yayasan Nur Jiwa.

IKLAN

Pusat rawatan ini akan beroperasi dengan kerjasama Doktor Collin iaitu pakar perubatan yang membantunya menjalani proses IVF.

“Pusat rawatan ini untuk memberi peluang kepada wanita yang mengalami nasib macam saya mencuba rawatan ini pada kadar termampu.

“Insya-Allah, kami masih dalam proses perlaksanaan dan dijangka dibuka pada awal tahun depan,” katanya.

Datuk Siti berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya pada satu majlis khas yang diadakan di rumahnya di Bukit Antarabangsa dua hari lalu.

Sumber : Intagram @ctdk & Harian Metro

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI