Menjadi perkara biasa buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga berdepan dengan soalan bila nak ada anak.

Malah sampai ada yang tertekan dengan pertanyaan ini terutama bila sudah mencecah setahun bernikah tapi masih belum hamil.

Tapi bagi penyanyi Mark Adam walau sudah 14 tahun berkahwin dengan isteri Norazah Redzuan dan masih belum dikurniakan cahaya mata namun dia tidak tertekan dengan perkara itu.

Supaya tak rasa tertekan

Berkongsi cara berdepan dengan situasi tersebut memetik laporan Astro Gempak, 3 perkara ini adalah apa yang dilakukan oleh Mark.

Ujarnya dia menganggap soalan bila nak ada anak itu adalah normal, percaya pada rezeki Tuhan dan sabar kerana lama kelamaan akan terbiasa denga soalan itu.

“Tidak dinafikan memang setiap kali raya orang akan bertanya mengenai soal anak namun saya anggap pertanyaan itu adalah normal untuk diajukan kepada pasangan yang sudah berkahwin.

“Waktu mula-mula dulu memang ada sedikit tertekan tapi lama-kelamaan saya dan isteri rasa biasa saja,” katanya.

Suka kanak-kanak tapi tiada rezeki

Mark berkata lagi bahawa dia dan isterinya sangat menyukai kanak-kanak namun apakan daya rezekinya untuk mendapat cahaya mata sendiri masih belum tiba dan dia menyerahkan segalanya kepada tuhan.

“Saya dan isteri sangat sukakan budak-budak dan saya percaya pada rezeki tuhan, kita tunggu sajalah,”ujarnya lagi.

Mark yang berasal dari Filipina berhijrah ke negara ini pada tahun 2001 telah bernikah dengan Norazah pada tahun 2003.

Sumber: Astro Gempak


 

KOMEN
Artikel Berkaitan