Selalunya mak bapak akan beri hadiah pada anak kecil yang dapat puasa penuh sebulan di bulan Ramadan ini tapi lain pula dengan penyanyi dan chef selebriti Dato' Fazley Yaakob.

Baru 15 anak puasa penuh dia sudahpun memberikan ganjaran atau reward untuk dia anaknya.

Reward yang diberi pulak bukan biasa-biasa tapi hadiah percutian ke Singapura. Nampak macam over kan tapi sebenarnya berbaloi untuk anak sebab ia juga sebagai ganjaran dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang

Namun part yang paling menarik adalah surprise yang dibuat oleh Dato' Fazley buat anaknya. Siap buat prank lagi di lapangan terbang. Kononnya ke sana untuk berbuka di restoran makanan segera tapi sebenarnya untuk terus terbang.

Bestnya anak-anaknya macam tak percaya sampailah ditunjukkan pasport dan tiket. Jom tengok prank yang dimuat naik dalam instagram Dato' Fazley. Agak-agak kalau puasa sebulan apa yang anak-anaknya dapat ya!

 

Sumber: Instagram Dato'Fazley Yaakob

KOMEN