Bila nak ada anak? Bila nak dapat baby? Ini soalan wajib untuk pasangan yang baru berkahwin. Awal bernikah mungkin suami isteri akan tersenyum simpul dan tenang menjawabnya.

Tapi jika hampir setahun dan belum dikurniakan cahaya mata, soalan ini mungkin disambut dengan senyum kelat dan juga perasaan sedih.

Perkara yang sama dihadapi oleh pasangan muda ini. Lebih memberi tekanan bila isteri abangnya yang bernikah selang dua minggu sudah disahkan hamil.

Memahami perasaan isterinya Fara Eliyani yang seringkali berdepan dengan soalan sensitif ini, lelaki bernama Izzat ini mengajar isterinya cara terbaik menjawabnya.


http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/13/an.jpg

 

Rezeki Anak

Alhamdulillah, setahun berkahwin dengan Fara Eliyani penuh suka dan duka, namun belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata.  Masa awal usia perkahwinan kami, baru bulan pertama kahwin pun ramai orang dah tanya, "loy, dah ado isik lum?" Den cuma sengih kerang busuk, "Bolun ado laie..hehe.."

Ditakdirkan, den dan abang sulung Ahmad Ya Habibi bernikah cuma selang dua minggu, dah rezeki abang den, baru bulan pertama berkahwin isterinya Bintu Mohamad Zain disahkah mengandung (powehhh abang den..haha)

Bulan yang sama farah lambat period 6 hari, hati dah berbunga terbayang den dan abang den dapat hadiahkan dua orang cucu buat haji ismail dan hajah robiah.

Tapi Allah sebaik-baik perancang, pada hari ke-7, farah datang period, dan itulah detiknya den melihat kesedihan seorang perempuan yang kecewa gagal memberikan zuriat pada si suami.

Episod drama air mata ni berlangsung hampir setiap kali farah lambat datang period, bak kata Adham Malam, "every late period is a hope". Perempuan ni sangat sensitif dan hatinya memang mudah tersentuh, tugas kau seorang suami untuk pujuk dan bagi nasihat.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/13/anak.jpg

"Sayang, Kawan Ayah Kahwin 13 tahun Baru Dapat Anak Pertama"

Kadang-kadang tengok gambar baby kawan-kawan upload kat facebook pun diorang boleh meleleh air mata. (Den dengan farah memang suka tengok gambar anak kawan-kawan).

Ada satu malam, den tengah kusyuk tengok drama, tiba-tiba fara nangis meleleh-leleh air mata sambil pandang phone, rupanya dia nangis tengok kartun UP.
(Link di komen pertama, korang tengok nanti korang tahulah kenapa)  Den nasihatkan farah,

"rilekla sayang, kita baru je kahwin ni, honeymoon la dulu"
"sabar ya sayang, orang lain kahwin lagi lama dari kita, mesti diorang lagi sedih"
"sayang, kawan ayah kahwin 13 tahun baru dapat anak pertama, kita sabar ye"

Tambat perit bila orang sekeliling asyik tanya bila nak ada baby, kita orang lelaki memang rilek sengih kerang busuk, tapi orang perempuan ni cepat je terasa.

Farah selalu jawab, "belum ada lagi", dan nanti balik rumah, dengan muka sedih dia akan mengadu pada den.

Ajar Isteri Cara Jawab

Den ajar farah, lain kali kalau orang tanya, jawab la "belum ada rezeki lagi, nanti tolong doakan saya dapat baby ye", inshaaAllah orang tu akan aminkan, secara percuma ada orang tolong doakan untuk kita.

Korang kena tahu, bagi orang yang mudah dapat cahaya mata, lawak pasal "tembak tak tepat", "masuk salah lubang" dan lain-lain memang nampak kelakar, tapi lama kelamaan lawak macam ni jadi "annoying" buat sesetengah pihak.

Kadang-kadang dah geram, den selamba jawab "Allah belum bagi lagi", terkedu terus orang yang bertanya.

Buat sahabat-sahabat yang belum ada rezeki cahaya mata, bersabarlah dan berdoalah. Percaya dan yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.

Buat para suami, kau jangan jadi penambah duka isteri kau pula, jadilah suami yang baik dan "supportive", berikan kata-kata semangat supaya isteri kau terus semangat untuk menempuh hari-hari mendatang.


 

Sumber: Facebook Izzat Ismail

KOMEN
Artikel Berkaitan