Kalau ditanya pada kaum ibu terutama yang bekerja pasti mereka tak menafikan bahawa bulan puasa adalah bulan yang paling memenatkan buat mereka.

Walaupun sebenarnya gembira melalui bulan Ramadan penuh keberkatan ini tapi hakikat kepenatan lebih dari biasa harus diakui. Apa tidaknya pulang bekerja perlu memasak kemudian tarawih. Selepas melakukan kerja rumah barulah dapat rehat seketika.

Tapi seawal 4 pagi para ibu sudah perlu bangun untuk menyiapkan sahur dan selepas itu takkan tidur semula kerana perlu bergegas ke tempat kerja pula.

Rutin ini berterusan selama sebulan. Tapi awas ya, bila rasa penat dan mengalami ciri-ciri di bawah silalah bawa berehat. Ini tanda sebenarnya sudah mengalami tahap kepenatan melampau dan perlu berehat segera agar tidak menjejaskan kesihatan.

Paling utama cik suami perlu memerhati tanda-tanda ini sebab orang perempuan akan tetap melakukan kerja selagi terdaya walaupun sebenarnya keletihan. Suamilah yang perlu prihatin dan beri peluang isteri berehat.

1. Mudah lupa

Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai maka sebaiknya bawa berehat.

2. Tak peduli

Isteri biasanya cerewet dalam banyak perkara terutama urusan rumah tangga. Tapi kalau dia sudah tak peduli dengan baju yang kotor, pinggan berselerak atas meja dan hanya ingin tidur harap encik suami faham bahawa dia sedang keletihan.

3. Tidur tak lena

Tidur malam sekejap-sekejap terjaga. Ia merupakan tanda stres yang puncanya boleh jadi kepenatan fizikal yang tak berkesudahan.

4. Mudah marah

Biasanya ibu akan senang melayan kerenah anak tapi bila ada hari dia marah-marah malah meminta anak bermain jauh, sebaiknya suami cepat-cepat tawarkan bantuan. Sama ada bantu buat kerja rumah atau bawa anak keluar supaya ibu ada masa berehat seketika.

5. Hilang keseimbangan

Terasa pening malah seperti mahu jatuh ini tanda yang serius kerana boleh mencederakan. Ada kemungkinan otot-otot di tubuh isteri keletihan sehingga dia hilang keseimbangan.

6. Mengeluh wajah kusam

Kalau dah terlalu sibuk buat kerja rumah, wanita biasanya lupa merawat diri. Tak sempat lagi mengenakan krim apatah lagi masker atau solekan. Inilah yang menyebabkan wajah kusam.

7. Tak fokus

Suami perasan tak, bila tengah berbual isteri tak fokus. Malah ada juga yang malas bersembang, hanya mahu berbaring. Ini tanda dia letih yang amat sangat.

8. Mudah tertidur

Biasa boleh berjaga malam untuk menonton tv tapi awal-awal lagi sudah terlentuk di depan tv malah di dapur pun maka mintalah isteri berehat untuk mengembalikan kecergasannya.

 


 

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN