Ramai wanita yang mengalami keguguran tapi hingga enam kali jarang kita dengar. Dah tentu perlu rawatan daripada pakar untuk merungkai masalah ini.

Ini yang terjadi kepada pasangan suami isteri yang bertemu dengan Pakar Sakit Puan terkenal Dr. Hamid Arshat.

Selepas mendapatkan rawatan barulah dikesan punca terjadinya keguguran berulang hingga enam kali pada si isteri.

Selepas rawatan kini kandungannya makin stabil dan sudah melepasi fasa kritikal. Sama-sama kita doakan agar kandungannya selamat hingga hari bersalin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat pada wanita yang mengalami masalah yang sama.

-------

Keguguran berulang.

Tahniah kepada Nurul Atiqah dan suami. Sekarang hamil 14 minggu dan kehamilan semakin stabil, janin tumbuh ikut jadual,dan denyutan jantungnya kuat.

Sebelum ini beliau telah mengalami keguguran sebanyak 6 kali, kesemuanya dalam lengkongan umor kehamilan antara 6 - 9 minggu, akhirnya kemua gugur.

Beliau jumpa saya untuk rawatan pada 6hb december 2016. Bila discan peranakkan, saya dapati beliau mengidap penyakit endometriosis dan rahimnya jatuh kearah tulang belakang (retroverted), dan ada endometriosis cyst pada ovary kanan.

Saya buat ujian darah untuk kesan virus yang munkin menyebabkan keguguran berulang2. Didapati sejenis virus CMV, saya beri ubat antivirus.

Saya juga buat bedah laparoscopy pada 8hb April 2017 dan didapati beliau dilanda penyakit endometriosis stage 4  dengan banyak lekatan dan parut disekitar rahim, ovary dan saluran fallopian. Dan cyst 3cm pada ovary kanan.

Saya lakukan rawatan untuk buang cyst dan bersihkan lekatan dan parut-parut.

Alhamdulillah, beliau terus hamil sejurus lepas pulih dari bedah laparoscopy. Jagaan dan rawatan rapi diberikan diperingkat awal kehamilan kerana risiko gugur sangat2 tinggi khususnya dalam 3 bulan pertama.

Alhamdulillah sekarang sudah melepasi waktu kritikal.Sama-sama kita doakan kehamilannya terus maju dan janin terus tumbuh tanpa gangguan sehingga cukup bulan (37 -40 minggu) .Amin ya Robbal alamin.

Dalam pada itu VK juga kongsi sebahagian daripada petikan artikel yang ditulis oleh Dr. Hamid Arshar tentang masalah keguguran berulang.

Mengurus masalah keguguran

Keguguran berlaku sekali  pun sudah cukup untuk menyebabkan trauma mental, dan jika ia terus di berulang, ia sangat buruk padahnya dan boleh merosakkan perkahwinan.

Saya mempunyai pesakit yang telah hampir 10-12 kali keguguran diperingkat awal kehamilan. Bayangkan kesannya terhadap emosinya, trauma yang amat teruk.

Biasanya, saya akan melaksanakan penilaian yang sangat berhati-hati, pemeriksaan secara menyeluruh dan penyiasatan makmal yang berkaitan untuk mencari apa-apa punca keguguran.

Ada kala  saya dapat mengenal pasti punca-merta, tetapi kadang-kadang saya tidak boleh kerana ia mungkin disebabkan oleh kecacatan genetik / kromosom atau mungkin  terdapat mutiple faktor-faktor berinteraksi.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini saya mendapati bahawa kadar kejayaan saya dalam merawat keadaan ini telah meningkat dengan ketara, dan saya cuba untuk menganalisis sebab di sebalik kejayaan ini.

Saya gunakan beberapa pendekatan rawatan  saintifik.  Jika saya mengesan sebarang penyakit dalam rahim atau ovari, seperti endometriosis dengan rahim retroverted, fibroid, ovari polisistik, rawatan secara pembedahan akan jadi pilihan.

Beberapa jenis jangkitan kuman iaitu TORCHES - Toxoplasmosis, rubella, CMV virus,herpes simples dan syphillis adalah dikaitakn dengan kejadian keguguran yang berulang2.

Rawatan sewajar dengan antibiotik dan supplement untuk meningkatkan immunity/ketahanan badan perlu dilaksanakan. Lain-lain terapi tertumpu pada meningkatkan imuniti pesakit dengan memberikan beberapa penggalak imun dan supplemen tambahan serta antioxidant.

Saya percaya bahawa salah satu faktor dia menyebabkan keguguran ialah immunty/ketahanan yang rendah dan toksin berlebihan di dalam tubuh, Langkah2 memberikan antioksidan dan vitamin C, E dos tinggi akan dapat membantu.

Kaedah lain terapi memperbaiki persekitaran pesakit dengan tujuan mengurangkan tekanan fizikal dan mental khususnya ditempat kerja, mengurangkan pendedahan kepada toksin luaran, bahan kimia pencemar dan berbahaya.
 

Sumber: http://pakbidan.blogspot.my

KOMEN