Gosok atau seterika baju adalah perkara paling tidak disukai oleh surirumah. Sebabnya panas dan ia mengambil masa yang lama.

Tapi masalahnya mahu tak mahu tugas ini perlu dilakukan juga. Namun begitu petua perkongsian seorang suri rumah ini mampu membuatkan ramai wanita tersenyum.

Menurut Rosma Abdul Rahman dia menggunakan petua yang diperoleh daripada jiran berbangsa Cina untuk memastikan pakaian yang dibasuh jadi lembut dan mudah digosok.

Petua ini juga membantu mengekal bau harum pada pakaian sehingga tiga minggu. Caranya sangat mudah hanya menggunakan dua bahan yang memang ada dalam rumah kita.

1. Sediakan air yang dicampur pelembut pakaian atau softener tidak kisah apa jenama.

2. Kemudian tambah dengan secawan kecil cuka makan. Untuk 4-5kg berat pakaian, guna anggaran 30ml cuka makan.

3. Gunakan air campuran ini untuk bilasan akhir pakaian.

Ini pula testemoni Rosma tentang petua yang diamalkan. Selamat mencuba.

Manfaat Cuka Pada Pakaian

1. Mencerahkan dan memutihkan. Kandungan asid pada cuka putih tidak tinggi dan tidak akan merosakkan kain tapi cukup kuat menghilangkan saki baki sabun. Ia juga boleh membuat warna pakaian jadi lebih terang dan jelas,

2. Sekiranya pakaian atau tuala berbau akibat terperap bilas dengan campuran air panas dan dua penutup cuka. Bau lembap akan hilang dengan cepat dan mudah,

3. Lembutkan pakaian, masukkan sedikit cuka ketika bilasan terakhir basuhan mesin basuh.

4. Elak debu dan bulu binatang melekat pada baju.  Campurkan sedikit cuka ketika mencuci baju untuk mencegah kotoran dari melekat.

 

 

KOMEN