Anak perempuan dah akil baligh dan tubuh sudah macam gadis usia 21 tahun. Korang rasa macam mana?

Luahan ibu disiarkan dalam Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT) ini menimbulkan kerisauan terutama kalangan kaum wanita yang membaca kisahnya.

Mana tidaknya seminggu hampir lima kali tidur dengan anak. Paling menyedihkan katanya setiap pagi dia lihat suaminya tidur berpelukan dengan anak dengan tangan di dadanya. Astaghfirullah...

Kisah lanjut silalah  baca.

--------

Asalammualaikum. Saya guna FB adik saya mohon hidekan profile. Saya tiada FB (maaf kuno sikit)...

Saya seorang isteri dan ibu. Ada 3 org anak, seorang 7 tahun (lelaki), 11 tahun ( lelaki) dan 14 tahun (perempuan). Alhamdulilah anak-anak tak banyak karenah.

Cuma saya nak minta pendapat dari ibu-ibu serta ayah-ayah dekat luar. Perlu ke saya bataskan pergaulan anak dengan suami saya?

Begini ceritanya, anak saya perempuan sangat rapat dengan ayahnya. Dan boleh kira dalam 5 Kali seminggu ayah tidur dgn anak perempuannya.

Selalu mandi dengan anak tapi anak lelaki tak pernah ajak

Saya pernah tegur suami, saya bagitau tak elok sebab anak perempuan tu dah besar dan bila saya cakap suami kata saya berfikiran kolot dan negatif padahal saya tidak langsung berfikiran seperti itu.

Anak perempuan saya dah akil baligh ( maaf kalau salah eja), dan badan dia agak besar seperti remaja berumur 21 tahun.

Suami saya jugak selalu mandi dgn anak perempuan saya padahal dgn anak lelaki dia tak pernah pelawa untuk mandi bersama.

Tidur berpelukan

Suami jugak agak suka bergurau kasar contohnya tampar punggung anak perempuan saya. Setiap pagi saya bangun utk kejutkan suami dan anak solat subuh, pagi itu saya rasa agak sedih.

Saya melihat suami saya tidur berpelukan dgn anak saya sambil tangan dia di buah dada (maaf kalau agak lucah) . Saya terdiam seketika.

Pagi tu saya ada cakap 'abg lepas ni tak payah tidur dgn anak perempuan, abg tu suami saya ayah kpd anak2 kita, tolong jgn main2 dgn agama abg, kita org Islam ada batas2 yg perlu kita ikut'.

Suami saya iakan je. Allahurabbi. Apa yg perlu saya buat? Risau lama-lama perkara ini merebak jadi benda lain.

Sumber:  Kisah Rumah Tangga

 

KOMEN