Selepas Nabila Huda berjaya menawan Gunung Annapurna yang berketinggian 4,130 meter dari aras laut tahun lalu, giliran bapanya pula Amy Search melaku perkara yang sama.
Tidak bersendirian, isteri Amy Nourish atau Norhasniza Hassan turut serta dalam ekspedisi itu. Pada usia 60 tahun ramai kagum dengan tenaga dan semangat penyanyi ini bila berjaya sampai menjejak kaki ke Kem Pangkalan Annapurna (ABC) di Nepal.
Tapi satu lagi yang menarik perhatian netizen ialah bila melihat foto isterinya yang sanggup berbaju kurung menahan kesejukan bagi meraikan kejayaan menawan Annapurna.
Malah momen paling indah saat-saat tiba di puncak juga turut dikongsi oleh Amy. Penyanyi ini dilihat mengalirkan air mata dalam satu video yang dirakam isterinya.
“This is it, this is your dream,”ujar Nourish sambil merakam video Amy Search mengalir air mata dan berpelukan bersama rakan-rakan lain yang menyertai ekspedisi tersebut.
Selepas tujuh hari kelahiran anaknya, semalam Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid mengumumkan nama untuk puteri mereka.
Siti Aafiyah Binti Khalid nama diberi bagi menggantikan panggilannya Fatimah Az Zahra selama seminggu lalu.
Kata Siti nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas.Bermaksud segala yang baik-baik saja, ilham untuk nama tersebut tercetus ketika pasangan ini menunaikan umrah tahun lalu.
“Sepanjang di sana, saya sering mendengar doa berkenaan. Malah maksud Aafiyah juga merangkumi yang baik-baik saja.
“Sepanjang hamil, saya sering mendapat kiriman doa ini yang menyebut nama Aafiyah. Jadi, saya dan suami sepakat memilih nama ini,” kata Siti dalam majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri.
Sementara itu Datuk Khalid atau Datuk K, tidak berselindung dengan perasaannya yang terlalu gembira bila melihat hasrat isteri untuk bergelar ibu akhirnya tercapai.
“Happy sangat tengok hasrat Siti yang sekian lama nak jadi ibu tercapai. Perasaan saya bercampur baur, gembira, sedih kerana doa kami termakbul.
“Jika Siti menanti 11 tahun, saya menanti lebih lama hampir 18 tahun untuk dapat anak perempuan.
“Sebenarnya selepas rumah ini siap semua anak ada bilik masing-masing dan ada bilik disediakan untuk anak perempuan. Selepas sekian lama baru sekarang ia dihuni,”ujar Datuk K.
Hilang sakit bila anak depan mata
Dalam majlis itu juga Siti berkongsi pengalaman bersalin dan detik detik yang dilalui selepas tujuh hari bergelar ibu.
“Inilah impian dan doa saya yang menjadi kenyataan. Dulu usap-usap perut kini dah ada depan mata. Syukur kerana dia dilahirkan sempurna.
“Pengalaman melahirkan setiap wanita itu berbeza. Saya sendiri kehilangan banyak darah waktu bersalin tapi dengan kecekapan doktor yang merawat saya dapat dipulihkan.
“Saya ditahan satu hari di wad bersalin dan hari ketiga alhamdulillah saya dah boleh berjalan. Walaupun bersalin secara caesarean saya kuatkan diri dan semangat.
“Saya tak boleh terlalu takut untuk berjalan walaupun tahu ada luka. Tapi bila lihat bayi depan mata hilang segala sakit,”ujarnya.
Menantu ajar cara susukan bayi
Biarpun mengambil khidmat penjagaan berpantang Natalis ujar Siti dia turut dibantu oleh ibu dan juga ibu mentuanya. Malah turut mendapat sesi nasihat penyusuan istimewa dari menantunya Tya Ariffin.
“Saya bertuah ada ibu dan ibu mentua yang tinggal bersama. Saya ambil petua dari mereka. Tapi saya rasa cabaran besar selepas melahirkan adalah untuk susukan anak.
“Ya Allah, bukan senang. Tapi bila fikir mak saya boleh susukan lapan orang anak, kenapa saya seorang anak saja nak mengeluh.
“Saya juga bersyukur menantu banyak tolong saya dalam hal penyusuan. Dia beri tunjuk ajar apa yang perlu saya buat, apa yang perlu saya makan, pasangkan mesin dan sebagainya.
“Dia macam cikgu. Selalu mak yang ajar anak untuk susukan bayi, saya special sikit, menantu yang ajar,”ceritanya.
Cuma tidur tiga jam
Akui Siti lagi selama menjadi ibu, dia juga sudah mula berjaga malam untuk menjaga dan menyusukan bayinya.
“Macam hari ini saya cuma tidur 3 jam saja sebab anak saya jenis yang siang tidur malam berjaga.
“Semakin dia membesar, dia makin kerap nak menyusu badan. Jadi sebagai ibu kena berkorban, sebab nak anak kita sihat,”ujarnya.
Siti selamat bersalin pada 19 Mac lalu secara pembedahan. Aafiyah dilahirkan dengan berat 3.55kg di Hospital Glen Eagle, Kuala Lumpur. Berita kelahiran anak penyanyi nombor satu tanah air ini disambut gembira oleh netizen.
Jadi perkara biasa bagi ibu hamil mengalami alahan. Datuk Sri Siti Nurhaliza juga tidak terkecuali. Beliau yang mengejutkan peminat dengan berita kehamilan bulan lalu sudahpun masuk lima bulan berbadan dua.
Sekiranya sebelum ini mengalami alahan yang teruk, ujar kakak ipar Datuk Siti iaitu Rozi kini penyanyi kesayangan ramai itu semakin kurang alahannya.
Kalau nak tahu Rozi yang juga pengurus Datuk Siti ini selalu menjadi tempat mengadu penyanyi ini bila muntah-muntah atau tak lalu makan. Perkara ini diceritakan sendiri oleh Rozi dalam entri di instagramnya.
Malah dia juga sempat berkongsi perbualan comel dan lucu bersama Datuk Siti yang mengadu tentang alahan yang dialami.
Pengalaman baru bagi Datuk Siti
Menginjak ke usia 5 bulan kehamilan @ctdk, semakin hari semakin hilang alahan, mual, tidak selera makan dan fasa dari bulan ke bulan berubah dan akan terus berubah.
Setiap wanita yang sudah bergelar ibu, pasti melalui pengalaman hamil tersendiri serta berbeza pengalaman pula bagi setiap seorang anak yang dikandung.
Saya tahu ini adalah pengalaman baru bagi @ctdk dan tentunya beliau memerlukan sokongan dari ramai pihak terutama keluarga terdekat.
Saya pula sudah seperti anggota polis dengan slogan ‘ Setia Berkhidmat’. Kadangkala memang lucu membaca mesej-mesej beliau sewaktu hamil tetapi saya faham perasaan itu kerana saya juga telah dikurniakan tiga orang zuriat sebelum ini.
Sekadar perkongsian dengan para peminat @ctdk yang seronok mendengar cerita serta pengalaman saya bersama @ctdk.
Alhamdulillah, ramai yang mendoakan, menitip nasihat, berkongsi tips dan pengalaman, tak kurang yang menghantar pelbagai hadiah, barangan, makanan dan sebagainya buat @ctdk, ramai yang sayang sebenarnya. Terima kasih semua.
Tak dinafikan, air kotak ialah sesuatu yang selalu diminum ketika dalam perjalanan. Bagi ibu bapa, air kotak lebih mudah diberikan kepada anak kerana tidak mudah tumpah kala diminum.
Baru-baru ini seorang ayah yang dikenali sebagai Tan sangat terkejut dengan pepejal hitam yang ditemui dalam sebuah kotak minuman. Kejadian di Pahang ini bermula apabila Tan membawa anaknya makan tengah hari dan memberikan air kotak kepada anaknya.
Benda lembut keluar dari straw
Anaknya mengadu ada merasa benda lembut keluar dari straw apabila dia menyedut minuman itu. Tan terus membuka kotak air minuman itu apabila sampai di rumah.
Selepas melihat ada pepejal hitam menjijikkan di dalam kotak air minuman itu, Tan risau akan kesihatan anaknya. Dia bimbang jika pepejal itu beracun dan boleh menjejaskan kesihatan anaknya yang telah meminum air dari kotak itu.
Hati-hati
VK susah nak teka apa jenama air kotak yang diminum ini. Apa yang boleh VK katakan ialah kita kena lebih berhati-hati apabila nak bagi anak minum air kotak. Kita selalu fikir dengan melihat tarikh luput sudah memadai. Namun segalanya boleh berlaku. Yalah, benda dalam kotak tak boleh nak nampak. Apa pun, mungkin lebih baik bancuh sendiri air untuk anak minum.
Membaja pokok buah yang sudah besar dan meninggi ada caranya. Ia penting supaya pokok buah ini terus subur, berbunga dan berbuah.
Jika tak kena caranya...