Sebelum ini penyanyi yang popular dengan lagu Arjuna Beta mendedahkan bakal mengambil anak angkat kedua selepas menunjukkan gambar imbasan seorang bayi awal bulan lalu dalam satu status di instagramnya.

Bayi tersebut ketika itu katanya menunggu masa untuk dilahirkan. Namun terbaru Fynn Jamal berkongsi berita gembira bila anak angkatnya yang kedua itu sudah pun selamat dilahirkan.

Fynn memberitahu perkara tersebut dalam laman instagram selain memperlihatkan beberapa keping gambar bayi perempuan yang dinamakan sebagai Sakti Kencana Fitri. Tumpang bahagia melihat penyanyi ini menerima anak angkat kedua, entri tersebut dihujani ucapan tahniah dari peminat selain memuji tindakan Fynn.

sakti kencana fitri says assalamualaikum.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

IKLAN

Tetap beri susu ibu bayi walau tak melahirkan

Fynn sebelum ini telahpun mempunyai seorang anak angkat iaitu Arjuna Bakti Fitri Abdullah atau dipanggil Juna.

Beliau dan suami dilihat sangat menyayangi Juna yang turut mempunyai masalah autisme malah selalu berkongsi kisah anak itu dalam instagramnya.

Satu lagi perkara menarik tentang isteri Tri Hadzir ini walaupun tidak melahirkan namun beliau tetap mengamalkan penyusuan ibu untuk anak angkat keduanya ini.

IKLAN

Dalam entrinya Fynn juga berkongsi beberapa tip untuk wanita yang mahu mengambil anak angkat dan menjadi ibu susuan.

this shot is superfresh from when she was only few seconds old. subhanallah. tengoklah kerut kedut jarinya. dgn pucat belum sempat lalu darahnya. . her smell. allahu akbar. . sedikit tips untuk ibu angkat yang mahu menyusukan anak angkatnya utk naiktaraf jadi hubungan susuan: start from day one. . sebab hari pertama, baby sekadar perlukan susu sebanyak besar kacang tanah je. . so kalau kita dah start pumping sebulan sebelum due date baby, insyaAllah setakat besar kacang tanah tu, boleh dapat dah. . tips lebih detail ada di #FJSusuan. mana2 memanfaat, dipersilakan utk gunakan. . sakti dan mummy alhamdulillah settle kenyang pertama subuh tadi. she’s a sport. tak susah langsung nak latching. first few hours mmg kelakar2 lah. sebab dia macam pebende neh. kita macam kamon yuken duit, sakti. . hahahaahah. . alhamdulillah for our first few hours. thank you الله for the chance untuk direct breastfeeding ini. setakat mana yang الله izinkan mampu— kita teruskan. please make du’a. . hati ini mengharapkan selama mungkin— how almost impossible— sebab inilah antara bonding yang memang aku look forward to: . direct breastfeeding macam aku dan juna. cuma dulu terberhenti awal sebab juna sakit jantung. aku stress dan lepas selesai urusan susuan, aku memang nak fokus pada juna disihatkan. itu je. . semoga sihat, sakti. itu je harapan daddy dan mummy. . terima kasih utk doa2 kalian. terima kasih kerana bersama2 aku dalam journey kedua ini. terima kasih sebab sudi jadi a somewhat kinda family. . segala ini— penuh sakti.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

IKLAN

Buat persediaan dua bulan sebelum bayi lahir

Ujar Fynn untuk melakukan penyusuan ibu tanpa melahirkan ini dia perlu membuat persediaan dua bulan sebelum anak angkat keduanya itu dilahirkan bagi membolehkan dia menghasilkan susu ibu.

Selain itu:  Ikut Petua Mudah Ini Untuk Hilangkan Kesan Kotoran Atau Daki Pada Cawan, Guna 3 Bahan Dapur Je

Bagi tujuan ini katanya selain perlu menelan pil khusus, dia harus ‘mengepam’ sebagaimana ibu lain yang menyusukan bayi mereka.

ramai rupanya berminat nak tau macammana proses mengeluarkan susu badan tanpa melahirkan. utk yg ingin tahu, faktanya adalah seorang wanita yg tidak pernah berkahwin, tidak pernah melahirkan, tidak kira usia mampu mengeluarkan susu badan. . subhanallah, kan? sebab itu الله angkat anak susuan setaraf anak kandung. sebab katalah apa sahaja– to mother is not to just giving birth. . what you would need: 1) motilium 2) breast pump 3) supplements . pil motilium sbnrnya adalah pil tahan muntah yg kalau diambil secara berlebihan akan memberi kesan rangsangan kilang susu wanita. . dua biji– sehari 4 kali. . selepas 3 hari berdisiplin dengan moti, mulakan power pumping. maknanya– ada ke tak ada ke– pam lah sahaja. . sekali 20-30minit. 3 jam sekali. jgn beralasan. ambik cuti kalau terpaksa. pam kosong kat opis. sukati. . nak 1000 daya. . mula2 mmg rasa “ee pebende ni” haahah. tapi slps dekat seminggu, atas izin الله, akan terbit setitik susu. . never stop power pumping. dont ever stop moti. . masuk minggu kedua insyaAllah dah mula sesudu kalau pam. masa ni baru start simpan. caranya letak dalam botol– terus freeze. pam lagi, dpt sesudu dua lagi– masuk dlm botol. sampai dapat agak2 sekali kenyang. . fyi, baby baru lahir perlukan cuma susu sebesar kacang. nak jadikan anak angkat kita anak susuan– cukup 5 kali kenyang. . lepas tu tak larat nak berhenti; sukati. tapi jadikan dia anak susuan kita. sbb kalau tidak– sebaik dia masuk usia– terbataslah sudah dia dan kita bagaimana stranger. aurat semua kena jaga. haaa. susah kita. . so faham tak kenapa org tak ambil anak angkat lepas dah besar? sebab perihal agama. . anyhow. selain power pumping dan moti, jgn kedekut utk cuba segala jenis teh, supplemen atau petua memperbanyak susu. tawakkal tu, tawakkal juga. usaha kena ada. . keazaman pun mesti wujud. sakit mmg sakit. sebab yelah. kita tgh cheat mother nature. but we should. . dan oh ya. makan moti mmg badan naik macam haperr. nak makan je kije. sebab itulah sumber susu. lemak2 tu utk anak kita juga. ala. habis nanti, diet la semula. haha. . inilah dia apa yg aku buat dulu utk juna. . dia anak susuan– setara sudah dia anak kandung aku. الله yg kata. not me. . #FJSusuan

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Sumber: fynnjamal

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI