Siapa yang ada anak-anak sekolah rendah terutama yang tinggal kat bandar pastinya tahu tentang jenama Smiggle. Jenama aksesori, peralatan sekolah dan cenderahati untuk kanak-kanak.

Warna warni dan  cantik-cantik barangannya. Tapi harganya boleh tahan mahal. Bekas pensil saja harganya RM50, keychain pun dah RM20, belum masuk beg paling murah lebih kurang RM170.

Sebab itu hanya parents yang berduit saja membeli barang sekolah dari jenama yang berasal daripada Australia ini untuk anak mereka.

Tapi yang tak sedapnya kerana trend pakai barangan Smiggle di sekolah inilah ada anak-anak yang tersisih. Ada anak murid yang dikata miskin kerana tiada barang-barang ini.

Pengalaman ini diceritakan oleh Hazrezal Ahmad yang dikongsi dalam Facebook.

Dikata miskin sebab takde barang Smiggle

Babah, kawan-kawan saya cakap saya orang miskin. Begitulah ungkapan anak aku lepas pulang dari sekolah semalam. Bila ditanya kenapa, dengan muka sedih dia jawab,

“Kawan-kawan dalam kelas ramai yang ada barang Smiggle. Bila dorang tengok saya takda barang Smiggle, dorang kata saya orang miskin.”

Ya, Smiggle. Sejenis brand menjual fashionable stationery dengan harga premium untuk kanak-kanak especially perempuan.

Selepas mendengar si anak mengadu, aku barasa sedih. Bukan sedih sebab dihina miskin, tapi sedih bila budak sekolah pun ada sikap menilai kawan-kawan hanya dengan melihat barang apa yang kawan dia miliki.

Jenis ibu bapa miskin minda

Ibu bapa memang berhak beli apa saja untuk anak mereka, tetapi janganlah sampai anak memiliki mindset yang salah.

Anak-anak yang mengata kawan mereka miskin kerana takda Smiggle, sebenarnya ibubapa merekalah yang miskin.
Mereka ini jenis miskin minda.

Bila masuk outlet terkejut tengok harga mahal. Lepas tu cakap kat anak tak payah beli sebab mahal, orang kaya je boleh beli barang macam ni. Dan macam-macam lagi lah jawapan diberi.

Selepas beberapa waktu, ibubapanya belikan juga.Anak yang melalui proses tadi secara tak langsung akan faham bahawa orang banyak duit saja boleh beli. Jadi bila mereka lihat kawan takda Smiggle, mereka sangka kawan mereka miskin.

Lama kelamaan bila mereka dewasa, mereka akan banyak buat penilaian yang salah terhadap banyak perkara.

 

Sumber: Hazrezal Ahmad 

Kredit foto: Mohd Zarin

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: