Kalau ditanya pada kaum ibu terutama yang bekerja pasti bila masa mereka berehat rasanya ramai yang ambil masa untuk berfikir.

Sebabnya, mereka tiada masa untuk berehat. Apa tidaknya lepas seharian di tempat kerja, kebanyakannya akan kelam kabut pulang mengambil anak dari sekolah, rumah pengasuh atau pun taska.

Sampai di rumah tak sempat tukar baju kaum ibu terus ke dapur menyiapkan makanan anak. Kemudian menyiapkan makanan seterusnya melakukan kerja rumah yang tak berkesudahan.

Walau pun bahagia melakukannya demi insan tersayang tapi awas ya, bila rasa penat dan mengalami ciri-ciri di bawah silalah bawa berehat.

Ini tanda sebenarnya ibu sudah mengalami tahap kepenatan melampau dan perlu berehat segera agar tidak menjejaskan kesihatan.

IKLAN

Paling utama cik suami perlu memerhati tanda-tanda ini sebab orang perempuan akan tetap melakukan kerja selagi terdaya walaupun sebenarnya keletihan. Suamilah yang perlu prihatin dan beri peluang isteri berehat.

1. Mudah lupa

Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai maka sebaiknya bawa berehat.

2. Tak peduli

Isteri biasanya cerewet dalam banyak perkara terutama urusan rumah tangga. Tapi kalau dia sudah tak peduli dengan baju yang kotor, pinggan berselerak atas meja dan hanya ingin tidur harap encik suami faham bahawa dia sedang keletihan.

IKLAN

Tanda Ibu Terlebih Penat Buat Kerja, Awas Jangan Sampai Alami 8 Perkara Ini!

3. Tidur tak lena

Tidur malam sekejap-sekejap terjaga. Ia merupakan tanda stres yang puncanya boleh jadi kepenatan fizikal yang tak berkesudahan.

4. Mudah marah

Biasanya ibu akan senang melayan kerenah anak tapi bila ada hari dia marah-marah malah meminta anak bermain jauh, sebaiknya suami cepat-cepat tawarkan bantuan. Sama ada bantu buat kerja rumah atau bawa anak keluar supaya ibu ada masa berehat seketika.

IKLAN
Selain itu:  Anak Sambung Hafazan Di Turki, 3 Cara Norman Hakim Dorong Anak Cintai Agama

5. Hilang keseimbangan

Terasa pening malah seperti mahu jatuh ini tanda yang serius kerana boleh mencederakan. Ada kemungkinan otot-otot di tubuh isteri keletihan sehingga dia hilang keseimbangan.

6. Mengeluh wajah kusam

Kalau dah terlalu sibuk buat kerja rumah, wanita biasanya lupa merawat diri. Tak sempat lagi mengenakan krim apatah lagi masker atau solekan. Inilah yang menyebabkan wajah kusam.

7. Tak fokus

Suami perasan tak, bila tengah berbual isteri tak fokus. Malah ada juga yang malas bersembang, hanya mahu berbaring. Ini tanda dia letih yang amat sangat.

8. Mudah tertidur

Biasa boleh berjaga malam untuk menonton tv tapi awal-awal lagi sudah terlentuk di depan tv malah di dapur pun maka mintalah isteri berehat untuk mengembalikan kecergasannya.

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI