Melihat kadar perceraian yang tinggi di negara barat kita mungkin tak menyangka bahawa ada pasangan yang berjaya mempertahankan perkahwinan mereka hingga 82 tahun.

Nicholas dan Rafaela Ordaz pasangan suami isteri dari California, Amerika Syarikat membuktikan mereka mampu menangani segala dugaan dalam rumah tangga melewati tempoh masa yang luar biasa lama iaitu 82 tahun.

Meraikan hari jadi ke-102 tahun baru-baru ini serta ulang tahun perkahwinan ke- 82, Nicholas, masih kelihatan mesra dengan isterinya, Ordaz, yang telah berusia 100 tahun. Pasangan warga emas ini tidak kekok mempamerkan rasa kasih sayang seperti suami isteri muda.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/26/article-old-2-01203.jpg

Kisah pasangan Ordaz yang mendirikan rumah tangga pada tahun 1934 ini mendapat liputan meluas media di sana. Mereka juga turut berkongsi berkongsi tiga prinsip yang dipegang hingga membolehkan mereka mengekalkan keutuhan rumah tangga hingga ke satu jangka masa yang cukup lama.

Tiga prinsip itu ujar Nicholas adalah pertama, menghormati satu sama lain. Kedua, menunjukkan keprihatinan dan rasa cinta pada pasangan dan akhir sekali tidak cepat terasa hati atau sentap kerana perkara-perkara kecil. Melalui tiga prinsip tersebut kata pasangan  ini perkahwinan mereka rukun damai, harmonis dan penuh rasa cinta.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/26/2.jpg

Kini, pasangan Ordaz berjarak empat tahun untuk memecahkan rekod perkahwinan paling lama di dunia yang dipegang oleh Herbert and Zelmyra Fisher juga dari Amerika Syarikat. Pasangan tersebut mempertahankan rumah tangga mereka sehingga 86 tahun sebelum Fisher meninggal dunia pada tahun 2011.  

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/26/3.jpg

Ketika ini Nicholas dan Rafaela Orda sudah pun mempunyai generasi kelima, cukup lama bersama hingga cucu mereka pun telah mempunyai cucu. Panjang sungguh usia pasangan ini.



Sumber abcNEWS.com
 

KOMEN
Artikel Berkaitan