Kesibukan wanita ini dan suami membangunkan syarikat, menyebabkan anak jadi mangsa. Ketika anak yang berusia tiga tahun mahukan perhatian mereka, dia menyuakan gajet sebagai ganti.

Bukan sejam dua tapi sepanjang masa 24 jam dari pagi sampai malam. Bagaimanapun reaksi anak yang berlebihan pada satu hari kerana tidak diberi gajet menyebabkan dia tersedar bahawa kebergantungan anaknya pada alat  ini sudah di tahap teruk.

Bermula hari itu Nurul Diana berusaha menjauhkan gajet dari anaknya sedikit demi sedikit sehinggalah si anak bebas dari kebergantungan pada telefon mahupun tablet sepenuhnya. Ikuti perkongsian yang cukup berguna ini.

Sebelum aku cerita apa yg aku buat utk pisahkan uwais dgn gajet, aku nak cerita dulu sikap aku sebagai mak bapak dan sikap uwais sebagai anak. Aku mengusahakan bisnes online, ada 10 org staff, ratusan stokis. Aku induk kpd company jd hidup aku tersgtlah sibuk. Kadang2 nak kiss suami pun tak sempat he he he ... Tapi aku takde BIBIK / MAID.

Kami suami isteri bangunkan company. Anak (Uwais) mangsa kesibukan kami. Uwais umur 3 tahun, dia nak perhatian tp kami sibuk. Sebagai ganti kami suap dia dgn CARTOON. 24 jam. Dekat umah tv, di opis hp, dlm keta hp, nk makan hp, nak tido pun hp, nak kua shopping semua iPad/hp. Sampaikan aku beli 1 tablet khas utk Uwais sentiasa hotspot dgn hp aku.

Terukkan? Tapi satu hari aku rasa Uwais tahap yg teruk. Aku tgh tido dia gerak aku nk hp, balik umah Tok dia nk hp walaupun ada sepupu, dia tetap nak hp. Tak dapat menangis2 tahap teruk. Berguling2.

Jadi apa aku buat?
Kesannya dapat dilihat seawal minggu pertama. Sekarang dah 2 bulan lebih Uwais tanpa gajet lgsg takde wlpn satu minit. Tiada istilah main kejap, takde pantau, stop kan terus.

1. Permulaan tukar tablet kepada TV
Kenapa ? sebab nak buang fokus mata dia kepada tab. Bila anak terlalu tenung lama-kelamaan mata dgn tangan dia akan rosak. Umah aku smart tv  boleh link dgn youtube. Tapi aku cakap kt dia tak boleh buka.Tengok tv je. So setiap pagi dia nak tgk hp, aku akan buka tv. Mula2 memang dia menangis sbb tv takde cartoon yg dia suka. Dia akan suruh kita tukar tukar tp lelama dia akan redha dgn konsep TV tu. Dia tetap akan tgk wlpn bukan cartoon fav dia.

2. Dekat Office pun ada TV
Bila berjaya kat rumah tp pergi office dia akan boring. Dia nak hp lg so aku beli pulak satu TV letak kat office

3. Beli apa yang dia suka dan boleh belajar
Uwais takde mainan, teruknye kami sebagai ibu bapa. Kalau ada pun setakat patung otomen je, patutlah dia gila gajet. Dia boring sebenarnya.
Permulaan aku hanya beli satu mainan Lego. First aku duduk dgn dia susun2 dan bina Lego. Sekarang dia pandai bina lego sendiri. istana, pistol, kereta. Tugas kita ? Setiap kali dia ckap " ami ami "dia tnjuk apa yg dia buat wlpn kita sibuk hanya satu word yang buat dia semangat."Wahhh cantiknya" atau "Wah Uwais pandai" kemudian tepuk tangan. Dia akan seronok sgt, percayalah.

4. Tambah mainan masa ke masa
Aku sibuk jadi aku takde masa, semua mainan aku beli. Aku beli yang dia boleh explore dan learn. Contoh abc dan animal puzzle, patung kereta, patung kereta, robot, Ultramen. Lego dan beberapa mainan aku bawak ke opis dan tinggalkan kt sana. Biar dia main kt sana bila dia dah biasa dgn keadaan umah. Kalau youtube Ultramen pun dia buat bodo je.

Seronok susun Lego. Masa ni Uwais 70% dah lupa gajet. Bangun pagi sambil tgk tv dia akan susun Lego. TV yang dia redha ntah karton apa ntah. Takde Astro Ceria, pakai tv biasa pepagi ada cartoon tu. So habis masa cartoon habislah, dia akan main sendiri .

5. Minima 1 minggu sekali main di playground
Ni memang ramai parent susah buat faktor kekangan masa. Tp sebenarnya aktiviti luar ni sgt penting untuk bg dia berkawan. Playground sebenarnya tak terhad kpd kawasan taman je. Aku bawak smua playground yang aku sempat Playground bukan terhad waktu petang saja, pukul 9 malam pun aku bawak main playground, kol 10 balik.

Contoh aku ada nak jmpa client, aku set kan jumpa kt KFC. Kenapa? Ada playground. Jumpa kt MCD, jumpa kt Mydin. Kdg2 tak makan pun tp sbb hampir dgn playground. Duduk seat paling dekat dgn playground. Sgt2 membantu didik Uwais jd displin .

6. Playground disiplinkan anak
"UWAIS jom pergi playground tapi kol 10 kita balik ok. Uwais budak baik. Janji?" Uwais : anjiiii...Ulang ayat ni 10 kali masa otw pergi main playground. Bila dah dia dok main tu kol 9.55.
"Uwais kita nk balik dah, lg 5 minit je (tnjuk jam kt tangan) Uwais dah janji kan? Tepat kol 10 pggl dia "
"Uwais pukol 10 dah. Jom balik Uwais dah janji kan. Memula dia memang akan nangis. Dia nk main lg tak puas main tp lelama dia pgg dgn janji dia. Habis main. "Uwais tak nangis nanti kita datang lg " .

7. Didik disiplin tapi mak ayah jangan menipu atau mungkir janji
"Uwais kemas rumah, kemas semua Lego. Kalau tak kemas ptg ni kita tak pergi playground. Kalau tak mamy tak tgk otomen, Uwais kemas rumah mamy bg coklat”.  Kalau dia kemas mesti bawak playground atau apa2 janji yang kita buat. Aku tak suka menipu anak. Kalau aku takleh bawak aku paksa suami aku bawak.

Kdg2 aku sorok Lego, dia cari. "Uwais jom mandi, le pas mandi mamy g Lego". Konsep ni boleh displinkan ank dgn semua keadaan. Dia nak air kotak, dia nk tgk tv Uwais kemas umah dulu, mamy bg air kotak dia faham utk dididik. Kita jgn tipu dia dgn janji palsu bulan dan bintang

8. Beli buku mewarna dan crayon colour
Yg ni best, buku n crayon colour murah je. Uwais suka sgt mewarna. Semua buku beli semua habis dia warna walapunnnnn SEDIH !Ha ha tak betul warnanya tp dia dpt pegang batang warna dengan kenal warna . Kenapa crayon? 12 batang baru 3.90 . beli size jumbo . yg besar so tak patah . tak payah susah nak asah .

Buku baru RM1.50, mudahnye nk buat anak seronok beli pensil box Spiderman. Lepas warna simpan dlm crayon colour dlm box. Semua anak2 sgt rajin sebenarnya. Kalau aku cakap Uwais jom kemas umah. Dia akan kutip smua crayon colour, Lego dan semua simpan. Dia akan cakap "Ami enat nyee" (mamy penatnye) kdg2 dia malas. Kdg2 tak kemas gk tp before tido ajar dia kemas smua mainan dia.

9.Beli Playdoh dan mainan no.1 paling dia suka
Uwais suka sgt2 dgn Playdoh. Playdoh modal tak mahal pun. Basic dlm RM45. Aku beli playdoh sbb tanah liat tu tak melekat kat lantai atau kotor kan lantai. Aku beli jugak pemotong sayur (kayu) so tak kotor.Dia letak dlm pinggan bagi kita makan.. wlpn kita sibuk dgn laptop. Buat2 je makan. Uwais happy sgt sgt kita makan dianye Playdoh. Kalau nk bg reward kt Uwais sbb perangai baik beli doh tu rm5.90 je. Berbaloi kan ?

10 . Macam mana kalau tengah makan, dalam kereta dia nak gajet?
Benda yang sama gak. Betul memang nk hp. Selalu nye aku bawak mainan dia. Mainan yg simple cntoh mcm puzzle, otomen, animal. Dulu sampai 1 tahap aku takut nak bawak uwais pergi mall. Nnt dia duduk dlm stroller dia nk hp. Tapi sebenarnya tu semua atas diri kita as ibu n bapa nk didik anak. Gajet atau tak, semua boleh dibentuk.

Kdg2 aku bg dia gula2. Kdg2 bg Sugus bukan bg hari2 pun. Dalam kereta pun ada otomen, pergi hotel pun ada otomen. Bg dia tak boring n sentiasa nk bermain, otomen patung ye bukan otomen youtube. Kalau tak otomen pun animal pun dia suka. Sekarang uwais 99.9% dah tak bergajet, tinggal dengan mak tok pun dia tak minta gajet. Semua mainan dia aku bawak balik umah mak tok.

Paling aku happy dlm tempoh 2 bulan ni NO TV ? NO PROB. Pasang otomen atau tobot pun tak tgk sgt. TV kat office? sekadar tv, tak pasang pun no prob. Perubahan sgt besar bg aku dan suami.

Leceh? Permulaan nye memang rasa mcm tu tapi percaya lah bila korang tgk anak tanpa gajet 1 kepuasan teramat sgt. rasa lapang dan bahagia bila anak tanpa gajet 1 benda yang sangat ketara perubahan Uwais dengar kata.

Jujur cakap anak gajet atau tak 100% adalah kehendak ibu bapa tu sendiri. Kalau kita sendiri malas dan rimas dengan tangisan anak2 , jadi ubat kepada kemalasan kita tu adalah GAJET !

Paling sedih Ipad Uwais aku sorok tp punya sorok sampai sekarang ntah mana. Aku sendiri lupa.

Share untuk ibu bapa peka anak tanpa gajet.


Sumber; Facebook Nurul Diana yang juga pengasas dan pemilik Dian Pixy HQ.

 




 

KOMEN
Artikel Berkaitan