Tak terlambat lagi nak bercerita tentang azam tahun baru selagi belum habis bulan Januari ni. Apatah lagi azam  yang nak dikongsi ini cukup berbeza.

Kalau bapa atau ketua keluarga lain mungkin berazam bekerja keras tahun ini malah melakukan dua kerja untuk menambah pendapatan keluarga tapi berbeza pula jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri.

Tulisnya di laman Facebook milik beliau, pada tahun 2016  azamnya untuk berhenti kerja dan menjadi stay-home dad. What? Habis tu nak sara keluarga macam mana kalau tak kerja. Ini mungkin menjadi persoalan kita tapi Kevin punya sebab tersendiri untuk melakukannya.

Salah satunya adalah kerana mahu menghabiskan masa bersama dua anaknya Rafael dan Mikaela memandangkan tahun 2015 beliau sibuk bekerja hingga punya sedikit masa untuk bersama mereka.

Keadaan itu membuatkan dia sering kali terbayang-bayang wajah anaknya hingga akhirnya Kevin yang juga pengasas program Jom Kurus IMalaysia  tekad membuat keputusan ini.  

Berikut adalah catatan cikgu fitness yang berusia 38 tahun ini dalam Facebooknya.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/1112016/1.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/1112016/2m.jpg

Perkongsian ini telah mendapat lebih 22 ribu likes daripada followers Kevin selain ribuan share. Namun dalam banyak komen ramai yang tertanya-tanya tentang persediaan yang dilakukan.

Akui kevin dalam salah satu komennya memang bukan mudah untuk dia membuat keputusan ini terutama dari segi pendapatan yang mungkin hilang.

Tapi perancangan azam ini sudah bermula sejak tahun 2015 lagi. Ia tidak mudah namun ganjarannya tidak ternilai.

"Don't let money control your life tapi be smart to control dan manage your finances,"tulisnya.

Respek pada Kevin yang sanggup mengorbankan kerjayanya seketika untuk bersama anak-anak. Adakah bapa lain yang sanggup melakukan perkara yang sama?
 

Sumber Facebook Kevin Zahri.
 

Anda Mungkin SUka
KOMEN