Dia bukan chef, malah tak pernah ikuti kursus atau belajar membuat kek secara formal pun. Sebaliknya kerana minat dia mencari ilmu melalui internet.

Dari situ dia mempelajari pelbagai jenis resepi selain perkongsian melalui laman sosial. Tapi bekas jururawat ini punya idea yang menarik untuk melariskan jualan kek yang diusahakan.

Dia menjual lima jenis kek berkelas elit iaitu indulgence, chocolate moist, red velvet, chocolate snow cheese dan orange cheese leleh dengan harga hanya RM1 sepotong.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.590062.1479953195!/image/image.jpg

Kek mahal jual seringgit nampak seperti idea gila tapi strategi ini menjadi apabila produk berjenama Kek Sriya by Dhia’s Homemade yang dijual di rumahnya itu mendapat sambutan luar biasa sehingga mampu meraih pendapatan RM1,500 sehari.

Nadia Hazwani Harizan, 26, dari Kampung Kuala Ibai,Terengganu berkata, pada awalnya, dia sekadar suka-suka berniaga sambil beramal tetapi langsung tidak menyangka bidang itu mencetuskan fenomena apabila rumahnya sering dipenuhi pelanggan seawal jam 11 pagi hingga 6 petang.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.590091.1479954533!/image/image.JPG

Bersama pelanggan yang berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.

“Selepas berhenti menjadi jururawat tiga tahun lalu, saya mula membuat kek secara kecil-kecilan di rumah untuk menambah pendapatan keluarga.

“Mulanya saya menjual dengan harga RM5 sepotong termasuk perkhidmatan penghantaran ke rumah dan mendapat sambutan, namun lama kelamaan sambutan semakin hambar berikutan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

“Tetapi kerana minat yang mendalam terhadap kegiatan membuat kek, saya tidak berputus asa dan meneruskan kegiatan ini tetapi dengan menawarkan harga murah iaitu RM1 sepotong. Pada mulanya bimbang juga mengalami kerugian namun saya cekalkan hati dengan niat berniaga sambil beramal sambil dibantu suami, Mohd Affandi Mohd Azaha, 30.

“Hari pertama kami hanya mampu meraih RM192 sehari sebelum jualan kek seriyal (RM1) itu diviralkan di Facebook menyebabkan pelanggan semakin meningkat dan selepas enam hari beroperasi, jualan kami mencapai RM1,500 sehari, sekali gus menyebabkan ahli keluarga termasuk ibu, ayah dan adik-beradik turut sama membantu untuk menyediakan kek untuk dijual,” katanya.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.590089.1479954457!/image/image.png

Suami turut membantu perniagaan kek yang diusahakan.

Sumber Harian Metro & Facebook Yaya Hazwani

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN