Siapa yang tidak mengenali pelakon hebat Brad Pitt. Tapi kita lebih banyak mendengar cerita tentang kemantapan lakonannya selain keluarga bahagia yang dibina bersama Angelina Jolie. Sisi Brad Pitt  yang satu ini tak banyak diungkap oleh media.

10 tahun lalu, taufan Katrina melanda wilayah New Orleans, Amerika Syarikat (A.S) memusnah hampir seluruh wilayah ini. Ia antara taufan terburuk yang dicatat dalam sejarah A.S

Bencana alam itu telah memusnahkan banyak harta benda dan banyak keluarga hilang tempat tinggal. Sedih dengan tragedi itu, Brad Pitt telah menubuhkan Make It Right Foundation untuk membantu mangsa.

Daerah Lower Ninth Ward menjadi kawasan paling teruk terjejas. Hampir seluruh kawasan ini tenggelam.

Namun dengan dana yang berjaya dikumpul oleh Brad Pitt melalui yayasan tersebut mereka telah membina 109 buah rumah baru untuk menempatkan kembali mangsa taufan yang hilang kediaman.

Menariknya, aktor ini mengambil khidmat arkitek terkenal dan dia sendiri turut terlibat dalam mereka bentuk rumah-rumah ini.

Hasilnya kediaman yang dibina nampak hebat, kalis bencana, mesra alam dan cukup bergaya sekali. Kediaman yang dibina ini juga bukan murah. Dia mahu mangsa yang menderita kembali gembira bila mendapat kediaman yang indah ini.

Malah pelakon ini juga memberi peluang kepada famili terbabit memilih sendiri warna rumah yang dikehendaki. Kesemuanya warna ceria yang juga melambangkan permulaan kehidupan baru yang lebih indah.

Lihat usaha-usaha Brad Pitt sewaktu terlibat dalam usaha pembinaan ini.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/20/1.jpg

Selepas dilanda taufan wilayah New Orleans ini lumpuh.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/20/2.jpg

Brad Pitt meninjau sendiri kemusnahan yang berlaku.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/20/3.jpg

Selama mengusahakan projek ini, dia semakin rapat dengan penduduk di situ.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/20/4.jpg

Aktor ini menyampaikan sendiri ucapan untuk menarik perhatian masyarakat menyumbang kepada yayasan.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/20/5.jpg

Beliau memantau setiap perkembangan projek pembinaan kediaman ini.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/20/6.jpg

Kediaman dicat dengan warna-warna ceria melambang kehidupan baru yang lebih bahagia.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/20/7.jpg

Setiap kediaman yang dibina untuk keluarga turut mempunyai beranda.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/20/8.jpg

Brad Pitt sendiri turut memiliki rumah di kawasan tersebut yang dijadikan rumah keduanya.

 

Sumber: www.brightside.me


 

Anda Mungkin SUka
KOMEN