Inspirasi untuk yang berhasrat beli rumah lelong. Jangan pandang rendah pada mereka yang membeli kediaman ini. Mungkin keadaannya tak secantik rumah baru malah ada yang usang tapi kalau kreatif rumah yang dibeli pada harga murah ini boleh kelihatan mewah.

Kalau tak percaya lihat usaha yang dilakukan oleh pasangan suami isteri Siti Affaziah dan Mohd Yusnor ini. Pernah dikatakan mereka membeli rumah hantu kerana keadaan rumah yang cukup uzur, ia tidak menghalang hasrat keduanya membina mahligai impian di situ.

"Memang keadaan rumah ini lima tahun sudah uzur sangat. Sampai orang kata kami beli rumah hantu. Dah lelong banyak kali pun masih tiada pembeli. Kami pun tak tahu berapa lama ia ditinggalkan.

"Tapi suami saya berminat sebab rumah ini lot tepi dan harganya murah. Mungkin rumah dua tingkat ini dah tertulis rezeki kami, ia dibeli pada harga RM100 ribu saja,"ujarnya.

Beginilah keadaan awal kediaman yang dibeli pasangan ini.

Bagaimanapun sambung Siti Affaziah untuk menjadikan rumah yang terletak di Taman Ulu Tiram, Johor Bahru ini milik mereka bukan mudah, banyak juga kesukaran yang perlu dihadapi.

"Antaranya bila kami cuba mohon pinjaman dari bank, mereka tak berminat terutama bila tengok keadaan rumah dengan ada pokok besar dalam kawasan kediaman.

"Selepas bersihkan barulah bank luluskan permohonan kami. Kalau nak tahu kami ambil masa juga untuk ubah suai kediaman ni. Buat sedikit demi sedikit. Dalam tempoh lima tahun barulah siap sepenuhnya dan nampak seperti sekarang ini. Bukan beli terus cantik ya," ujar Siti Affaziah pemilik akaun instagram affacakehouse.

Jom lihat perubahan yang dilakukan mereka.

Sebahagian dari deko di ruang tamu.

 

Ini ruang dapur, luas kan.

Tiada lagi semak samun dan pokok besar diganti landskap menarik.

Inilah tuan punya rumah, Siti Affaziah dan Mohd Yusnor

Semoga pembeli rumah lelong dapat inspirasi daripada kisah mereka ini.

 

 

 

 

 




 
Terima kasih

Anda Mungkin SUka
KOMEN