Kejayaan ini sememangnya membanggakan bukan saja warga UiTM tapi juga rakyat Malaysia. Nurul Nabilah Abdul Jalil, 21, dinobatkan sebagai pelajar keenam terbaik dunia selepas dianugerahkan Prize Winner bagi Kertas P2 Laporan Korporat, Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), Jun lalu.

Memetik laporan akhbar Berita Harian baru-baru ini sebelum memperoleh anugerah tersebut dia perlu bersaing dengan beberapa pelajar terbaik dari dalam dan luar negara dan menduduki tempat pertama di Malaysia setelah memperoleh markah tertinggi untuk kertas yang sama.

Ditanya tentang resipi kejayaannya itu ujarnya Nurul Nabilah latar belakang ahli keluarga dalam bidang perakaunan juga banyak membantu dan menguatkan dirinya untuk terus berjaya.

"Syukur dengan kejayaan ini dan semua usaha yang dilakukan sebelum ini rasa terbalas selepas mendapat keputusan cemerlang Kertas P2", katanya

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Ogos/24/new.jpg

Ini cara Nurul Nabilah belajar

Dalam pada itu gadis ini juga berkongsi cara pembelajarannya. Cerita Nurul Nabilah dia gemar bertanyakan soalan dan sentiasa hadir ke kelas supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

"Saya juga kerap belajar secara berkumpulan, ulangkaji sendiri dan berjumpa pensyarah untuk mendapatkan teknik serta panduan sekiranya terdapat soalan yang sukar dan susah difahami.

"Saya sentiasa bersemangat dan tidak pernah mengalah serta fokus dalam apa yang diusaha adalah faktor utama keputusan cemerlang faktor utama keputusan secemerlang ini,"ungkapnya yang kini sedang melanjutkan dua kursus ACCA terakhir iaitu P4, Pengurusan Kewangan Lanjutan dan P6 Percukaian Lanjutan dan dijangka akan menamatkan pengajian Disember ini.


Info tentang ACCA certificates?

ACCA bermaksud Association of Chartered Certified Accountants sebuah badan perakaunan antarabangsa yang terkemuka. ACCA merupakan certificate yang mempunyai permintaan tertinggi di dunia, dengan lebih daripada 500,000 ahli dan pelajar di 170 buah negara.

Anda perlu lulus maksimum 14 peperiksaan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai pengalaman yang berkaitan praktikal yang anda boleh peroleh dalam mana-mana sektor perniagaan.

Kelayakan profesional ACCA meliputi semua bidang perniagaan, dari penyata kewangan, perakaunan pengurusan, percukaian perniagaan & undang-undang untuk audit dan juga etika perniagaan.

Senang kata, ACCA certificates adalah satu kursus yang mana melayakkan graduannya menjadi Professional Akauntan.

Sumber : Berita Harian & www.says.com

 

 


 

Anda Mungkin SUka
KOMEN