Ketika  rakan sebayanya sedang membina kerjaya,melewati zaman muda dengan keseronokan tapi anak muda ini sanggup meninggalkan semua itu.

Apa tidaknya kerana dunia itu satu ketika dulu dia pernah hanyut hingga mengabaikan hati dan perasaan insan yang paling menyayanginya.

Namun kejadian si ibu jatuh sakit secara tiba-tiba ibarat satu tamparan kuat di pipi yang menyedarkannya betapa dia telah melakukan satu kesilapan.

Mahu berbakti selama ibu masih ada, anak muda bernama Fakhrul Anwar kini mendedikasikan kehidupannya ibu sayang. Biar susah dan perit melaluinya namun dia tahu hikmah besar di sebalik dugaan ini.

Semua perkara ini diceritakan oleh Fakrul dalam satu catatan di Facebook miliknya. Semoga perkongsian ini memberi kesedaran buat semua yang masih lagi memiliki ibu.

Selama ni aku tengok je orang duk cerita pasal ibu bapa diaorang. Ambik gambar selfie dengan mak, peluk mak dan cium mak, kelihatan begitu bahagia. Tapi itu ketika mak sihat, boleh berjalan dan bercakap dengan kita.

Bagaimana kalau tiba2 mak sakit satu hari, tak boleh bercakap, masak dan buat apa yang selalu mak buat untuk kita? Adakah masih sama layanan kita untuk mak?

Meh aku cerita kisah aku dengan mak. (Tengok mak aku sihat dan tembam tak walau sakit ngeh3)

Semua bermula 3 tahun yang lepas, ketika aku agak hanyut dengan dunia, ketika aku tidak pedulikan sangat perasaan, hati dan apa mak aku sedang fikir setiap hari. Sebagai anak lelaki banyak benda sebagai anak aku abaikan, dari bab duit, makan pakai dan urusan mak.

Aku tahu mak kecewa dalam diam

Aku lebih pada dunia aku, walaupun tidak pernah sekali aku tinggikan suara pada mak, namun aku tahu mak kecewa dengan sikap dan perangai aku dalam diam. Mungkin kerana agak lama mak pendamkan rasa dengan sikap anak2, suatu hari semuanya berubah. Bila mak tiba2 jatuh dan pitam, ketika itu aku orang pertama membawa mak ke hospital dan itulah titik perubahan aku dalam hidup.

Semasa dalam ambulan ke hospital, bila melihat perubahan mak dengan perlahan, dari boleh bercakap ke makin sukar bercakap, anak mata mak hanya memandang sekeliling, memandang aku tanpa ada sedikit air mata.

Apa aku masih ingat tangan kiri mak yang boleh bergerak memegang tangan aku dan seperti satu panahan halilintar aku tersedar dari lena yang panjang. Aku terasa seperti terpukul, perut rasa tak selesa dan senak seperti nak muntah, baru aku sedar bahawa ini adalah pesanan dari Allah buat aku, betapa aku telah abaikan tanggungjawab sebagai anak.

Tak tahan lihat mak meraung

Tiba2 air mata bergenang melihat mak, tapi mak aku tidak menangis, dia hanya memandang aku hinggalah sampai ke kecemasan. Sampainya dihospital bermula lagi satu cerita baru, kuasa Allah dari satu jam ke satu jam tiba2 banyak perubahan aku alami. Di hospital doktor mula mula memeriksa mak, dicucuk dan ditekan.

Paling aku tak tahan melihat mak meraung bila wayar makanan dijolok ke dalam hidung mak. Air mata bercucuran dan aku terpaksa mengagahkan tangan memegang erat tangan mak sebagai tanda sokongan moral...

Setelah selesai semua mak di masukkan ke wad dan bermula lagi satu fasa. Aku perlu menjaga mak, kerja memang dah dibiarkan. Diri sendiri memang aku abaikan, pada masa itu apa aku tahu hanya jaga mak. Penyelesan bertubi-tubi menerpa benak fikiran menyebabkan aku separuh gila, seminggu tak mandi, makan pun tidak. Apa aku tahu hanyalah memastikan mak rasa paling selesa.

Harapan aku setiap kali mak buka mata mak kembali seperti biasa, namun itu tidak berlaku aku kecewa, aku tidak tahu apa nak fikir. Ketika itulah aku mula muhasabah diri dan seperti projektor aku mula menayangkan segala kesilapan demi kesilapan aku pada mak selama ini. Semua itu memberi aku tonik dan kekuatan untuk bangkit kembali.

Tak bekerja, tiada pendapatan, jaga mak 24 jam

Selepas mengharungi peperangan dengan jiwa serta emosi untuk menghadapi keadaan mak selama dua minggu di hospital, akhirnya mak dibenarkan balik ke rumah. Di rumah satu lagi fasa baru aku perlu hadapi iaitu tidak bekerja, tanpa pendapatan dan menjaga mak 24 jam.

Memang banyak halangan, dugaan, air mata, sakit jiwa, hinaan, cercaan, buruk sangka dan pelbagai lagi aku hadapi sepanjang menjaga mak aku. Pernah 3bulan aku hanya makan nasi dengan garam, pernah aku guna plastik sampah serta kain batik untuk dijadikan lampin mak aku.. Dalam banjir besar 2014 azab dan perit memikul mak terasa manis bila dikenang.

Allah tunjuk mana saudara mana syaitan

Itu semua mengajar aku banyak perkara. Aku tidak pernah menyesal dan ralat dengan kekeputusan aku ambil. Ada hikmah disebaliknya. Paling ajaib aku rasa setelah menjaga mak, Allah tunjukkan aku mana kawan mana lawan, mana saudara mana syaitan, mana orang boleh terima aku mana tak boleh.

Allah tunjukkan aku siapa hipokrit, siapa yang ambil kesempatan. Segala permainan dunia aku faham...Jadi janganlah mengeluh jika mak minta apa2, jangan pernah sesekali berpura dengan ibu bapa.

Kita tak tahu bila mereka betul2 perlukan kita. Paling penting bersediakah kita untuk menggalas tugas mak kita suatu ketika dahulu? Fikirlah seketika, jika berjauhan dengan mak telefonlah sekejap. Jika duduk bersama mak pergilah dekat mak, pegang tangan mak, rasai panahan itu yang mungkin akan sedarkan kamu dari lena....

*Paling penting mak aku berisi dan sihat.

**Ajak selfie mengamuk tak nak.

 

Sumber Facebook Fakhrul Anwar

 

 

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN