Sejak semalam ramai yang berkongsi foto wanita ini. Melihat dia menggendong suaminya yang sakit, netizen terutama kalangan wanita meluahkan rasa simpati dengan nasibnya.

Lebih dari itu kesemuanya tersentuh dan juga kagum dengan kesetiaan serta pengorbanan isteri ini.

Tak kira dari mana asalnya tapi ada pengajaran untuk kita dari kisah ini kerana hanya cinta sejati saja yang mampu membuatkan seseorang itu berkorban seperti ini.

Wanita yang bernama Ganeshayu Roesmayanti ini sebenarnya berasal dari Bandung, Indonesia.  Menggendong suami sambil tersenyum, sudah hampir setahun dia mengurus dan menjaga suaminya yang mengidap penyakit Tuberkulosis TB, sejenis penyakit pernafasan akibat jangkitan kuman.

Keadaan suaminya ketika ini semakin serius bila dia tidak lagi boleh berjalan dan hanya boleh makan melalui tiub. Sejak sakit, ibu kepada seorang anak lelaki dipanggil Enesh ini bertanggungjawab menyara keluarga.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.577084.1477304203!/image/image.JPG

Dia yang bekerja sebagai guru tuisyen bahasa Inggeris terpaksa mengurangkan jumlah anak murid semata mata untuk mngurus suaminya yang sakit dan juga anaknya yang masih berusia 1 tahun 3 bulan.

Sungguh pun dalam kepayahan wanita ini banyak tersenyum tidak menagih simpati sebaliknya hanya memohon netizen mendoakan kesembuhan suaminya.

"Saya hanya perlukan doa, saya mengeluh pun tidak akan mengurangkan berat masalah yang saya alami. Lebih baik saya senyum, meskipun menyimpan duka. Sekurang kurangnya saya memberikan sedikit kebahagiaan buat orang yang melihat saya senyum,”katanya.

Status yang dikongsi dari status Facebook Inca Rie Sa mendapat ini mendapat 28k like dan hampir 16k perkongsian di Indonesia dan juga Malaysia.

Sumber Facebook Inca Rie Sa

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN