Massachusetts Institute of Technology (MIT) yang tersenarai sebagai universiti terbaik dunia dikenali sejak dahulu sebagai pusat kajian untuk sains, fizik dan kejuruteraan.  Oleh itu bila Sabrina Pasterski melangkah masuk ke pejabat kampus tersebut pada satu pagi  untuk memperlihatkan kapal terbang bersama enjin ciptaannya ia dikatakan satu perkara biasa.

Namun yang menjadi perkara luar biasa adalah ia dicipta oleh seorang remaja perempuan yang baru berusia 14 tahun dan sudah pun membuat penerbangan solo. Menyedari potensi remaja ini Peggy Udden, Setiausaha Eksekutif di MIT  sanggup membantunya hingga berjaya mendapat perhatian profesor terbaik di situ.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/19/2.jpg

Kini, lapan tahun berlalu Sabrina sudahpun menjadi lulusan kolej ini dan bakal menerima Ph.D di Harvard. Kebijaksanaan gadis ini membolehkan dia menjawab soalan fizik paling kompeks sama seperti ciri Stephen Hawking dan Albert Einstein pada awal kariernya.

Kajiannya menjurus kepada 'black holes', graviti dan juga ruang masa yang menjadi minatnya. Dia juga banyak memfokuskan kepada penjelasan graviti menggunakan konteks mekanikal kuantum.

Keupayaan Sabrina telah mendapat perhatian pengasas Amazon.com malah aerospace developer, Blue Origin juga telahpun menawarkannya pekerjaan kepadanya pada bila-bila masa dia bersedia untuk bekerja. Begitu juga Nasa Nasa turut menunjukkan minatnya terhadap ahli fizik muda ini. 

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/19/1.jpg

Tidak seperti remaja seusianya, Sabrina yang tinggal di Chicago ini langsung tidak berminat terhadap media sosial. Dia tidak memiliki akaun Facebook, LinkedIn, dan Instagram malah tidak memiliki telefon pintar.  Sabrina yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mengkaji ruang angkasa sebaliknya dia lebih berminat untuk mengemas kini laman web miliknya PhysicsGirl dengan pencapaian-pencapaiannya.

Sabrina berjaya menamatkan pengajian MIT dan lulus dengan gred PNGK 5.00— skor tertinggi di pusat pengajian tinggi itu. Mentornya, Andrew Strominger, yang pernah menerbitkan sebuah buku bersama Stephen Hawking, turut memuji pelajarnya itu malah mendapatkan dana ribuan dolar AS dari Hertz Foundation untuk menyokong kajiannya.

ozy.com

Anda Mungkin SUka
KOMEN