Waktu scroll timeline di Facebook, VK terjumpa satu posting tentang bento spageti comel yang dibuat untuk bekalan anak ke sekolah. Terdetik dalam hati gigih lah ibu ni. Cuba korang tengok bento-bento tu, kagum tak?

Soalan pertama yang terlintas dalam fikiran VK pukul berapa dia bangun untuk siapkan semua ni. Kalau ibu ni bekerja memang respek. Disebabkan keinginan mendalam nak tahu lebih lanjut cerita ini maka VK sanggup PM pembuat bento ini untuk mencungkil cerita.

Dikenali sebagai Yan Diana, ibu kepada empat anak ini suka untuk berkongsi kisah tentang bento berhias yang menjadi hobinya sejak dua tahun lalu.  Menghasilkan bento-bento ini kerana menyukai benda-benda comel katanya, dia bangun seawal 4.30 pagi setiap hari untuk membuat bekalan ini.

Hampir setiap hari reka bentuk bento yang dibuat berbeza berdasarkan kepada permintaan anak-anaknya. Bersandarkan minat dan anak-anak pun menyukainya maka tiada bebanan dirasakan untuk membuatnya.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/21/8.jpg


Ujar Yan Diana, dia mula mengenali bento berhias ini pada tahun 2014 setelah diperkenalkan oleh seorang rakan Facebook melalui grup Kelab Bekal/Bento Malaysia. Dari situ suri rumah ini mula membuat carian di internet tentang bento yang merupakan budaya dari Jepun ini hingga mencambahkan keinginan untuk mencubanya.  

Peringkat awal Yan Diana meniru idea bento di internet lama kelamaan dia menjadi mahir dan boleh menghasilkannya sendiri karakter yang diminta oleh anak-anak. Hebat kan.  

Setiap hari dia mengambil masa lebih kurang satu jam setengah selepas bangun jam 4.30 pagi untuk menyiapkan bento sebagai bekalan anak-anak ke sekolah. Jam 6.00 kata Yan Diana, semuanya harus selesai untuk dia menyiapkan anak ke sekolah pula.

Ha mari kita tengok antara hasil bento Yan Diana, comel-comel semuanya. Tapi katanya kalau tengok bento yang dibuat waktu baru belajar memang cukup berbeza. Hmm... kalau VK buat rasanya korang tak kenal karakter tu.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/21/2.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/21/inser7.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/21/inserrt2.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/21/insert3.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/21/insert4.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/21/insert5.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/21/insert6n.jpg

Ini cuma sebahagian hasil kerja Yan Diana. Ada banyak lagi, bagi yang berminat nak belajar tentang bento ini boleh follow Facebook Yan Diana ok.

 

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN