Sesungguhnya Tuhan memberi hidayah dengan pelbagai cara dan juga dengan cara yang langsung tidak kita jangka. Ada melalui adik beradik, rakan, malah mungkin juga melalui perkahwinan.

Perihal hidayah yang menarik juga VK baca melalui perkongsian daripada pendakwah terkenal Ustaz Dr. Mohd Farid Ravi tentang kisah abangnya yang memeluk Islam.

Ceritanya cukup ringkas namun memberi kesan di jiwa sesuai untuk bacaan kita di hari Jumaat yang mulia ini. Kisah ini dipetik dari ceramah beliau di Rumah Ngaji Qarya Ummu Hajjah Maria, di Kampung Permatang Pasir, Bukit Pasir baru-baru ini.

Bagaimana abang yang pernah membenci Islam berubah pendirian hanya dengan satu soalan yang dikemukan oleh Ustaz Ravi.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/19/ravi.jpg

"Beberapa tahun lalu, abang saya yang telah menyebabkan saya kena lapan jahitan di kepala menelefon saya. Dia minta saya tunjukkan dia jalan yang lurus. Saya pun datang berjumpa dengannya dan bertanya, kenapa abang nak masuk Islam pulak sekarang.

"Dulu abang pukul saya, halau saya dari rumah sebab benci sangat dengan Islam."

"Kamu ingat tak soalan yang kamu tanya waktu itu, kalau abang kata Islam itu tak baik, beritahu abang mana tak baiknya? Sejak itu aku cari mana tak baiknya Islam, aku tak jumpa Ravi. Sekarang kau Islamkanlah aku, aku nak masuk Islam."

"Seminggu selepas itu abang saya memeluk Islam, dia meninggal dunia..."


Allahuakhbar. Betapa abangnya diberi pengakhiran yang cukup indah sekali. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan penghuni Syurga. Tak kisah bagaimana permulaan kita, yang penting bagaimana pengakhiran kita.



Sumber Facebook drtuah
Foto : princessislam.blogspot

KOMEN