Ramai menganggap isteri kepada billionaire atau lelaki terkaya di dunia adalah wanita cantik mahu pun supermodel yang menghabiskan harinya membuat rawatan kecantikan, membeli belah dan bersuka ria.

Tapi adakah ini realitinya? Mungkin ada yang begitu tapi tujuh lelaki terkaya di dunia ini memilih wanita yang cukup sederhana sebagai pasangan hidupnya.

Bill dan Melinda Gates

Kekayaan Bill Gates (foto atas) dianggarkan lebih dari US$80 billion. Dia menemui pasangan hidupnya penghujung tahun 1980-an dalam satu program anjuran Microsoft yang mana Melinda juga salah seorang pekerja di situ. Keduanya berkahwin pada tahun 1994 dan telah memiliki tiga cahaya mata.

Mark Zuckerberg and Priscilla Chan

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.604290.1483005611!/image/image.jpg

Kekayaaan Mark Zuckerberg sehingga November 2016 dianggarkan lebih daripada US$50 billion. Dia bertemu wanita idamannya ketika sama-sama belajar di Harvard. Sentiasa berada di belakang lelaki itu, keduanya berkahwin 19 Mei 2012 dalam satu upacara yang sederhana di kediamannya. Pasangan ini juga sudah dikurniakan seorang cahaya mata.

Warren Buffet dan Astrid Menks

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.604300.1483006172!/image/image.jpg

Warren Buffet merupakan pelabur yang terkenal di dunia. Kekayaannya ketika ini melebih US$70 billion. Dia bertemu Astrid sekitar 1970-an yang ketika itu bekerja sebagai pelayan restoran. Beza usia 16 tahun antara mereka langsung tidak menjadi halangan cinta hingga ke hari ini.

Jeff dan MacKenzie Bezos

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.604292.1483005692!/image/image.jpg

Jeff Bezos merupakan pengasas Amazon dengan jumlah kekayaan mencecah US$60 billion. Dia bertemu dengan MacKenzie pada tahun 1992 yang mana ketika itu tempat kerja mereka terletak bersebelahan saja. Setahun kemudian mereka berkahwin dan kini sudah mempunyai empat orang anak.

Amancio Ortega dan Flora Pérez Marcote

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.604293.1483005735!/image/image.jpg

Amancio Ortega adalah pemilik jenama fesyen seperti Zara, Massimo Dutti, Pull & Bear, Bershka dan beberapa lagi. Anggaran kekayaannya US$70 billion setakat ini November 2016. Dia berkahwin dengan setiausahanya sendiri pada tahun 2001.

Bernard Arnault dan Hélène Mercier

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.604294.1483005772!/image/image.jpg

Inilah pemilik Dior, Givenchy, Selin, Lacroix, Kenzo, Guerlain, Sephora, Hennessy, Moёt & Chandon, Dom Perignon, Pommery, Veuve Clicquot, dan Krug yang kekayaannya ketika ini berjumlah US$30 billion. Muzik menyatukan lelaki ini bersama isterinya. Bernard menggemari muzik klasik dan Helene pula adalah pemain piano profesional. Keduanya berkahwin pada tahun 1991 dan mempunyai lima orang anak, dua dari isteri Bernard terdahulu dan tiga lagi hasil perkahwinan bersama Helene.

 David dan Julia Koch

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.604295.1483005826!/image/image.jpg

David Koch adalah peneraju syarikat yang mengendalikan pelaburan, pemprosesan minyak, kimia serta penghasilan fiber tiruan dan plastik. Kekayaannya dianggarkan berjumlah US$40 billion. Dia berkahwin 20 tahun lalu dengan Julia dan mempunyai tiga orang anak. Julia jarang tampil di khalayak ramai dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan menguruskan badan kebajikannya.

Larry Page dan Lucinda Southworth

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.604296.1483005851!/image/image.jpg

Larry adalah salah seorang pengasas Google. Beliau memiliki kekayaan melebihi US$30 billion setakat November 2016. Tidak banyak yang diketahui tentang pasangannya yang muda tujuh tahun darinya. Lucinda dikatakan sedaya upaya menjauhkan diri dari tumpuan umum. Pasangan ini berkahwin selepas beberapa bulan berkenalan.

Sumber: Brightside.me

 

KOMEN