Siapa sahaja yang tidak kenal dengan fenomena tag line 'terlajak laris' ciptaan Dato' Aliff Syukri pengasas syarikat terkemuka  D'Herbs Healthy Sdn Bhd.

Syarikat yang memiliki pelbagai rangkaian produk kecantikan dan kesihatan ini berdiri gah tidak hanya di dalam Malaysia malah turut mendapat liputan di luar negara.

Kejayaannya tidak terus bermula dari atas, sebaliknya dari bawah. Berbekalkan azam yang kuat, beliau memulakannya dengan menjual produk sendiri kepada sahabat handai dan juga rakan-rakan sepejabat.

Tak reti duduk diam, Dato' Aliff juga  memasarkan produk beliau di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas pada masa terluang. Dengan gaya tersendiri, ternyata produk beliau mendapat sambutan ramai justeru memikat hati pelanggan.

Ditubuhkan pada tahun 2010, syarikat D' Herbs bermula dengan 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Pada masa itu beliau beroperasi di kedai 2 tingkat dengan seorang pekerja sahaja.

Tapi berkat kegigihan beliau kini berjaya mengorak langkah dengan 90 rangkaian produk baharu dan telah  dinobatkan sebagai penerima anugerah 'Putra Brand Awards 2015'.

Anugerah ini adalah anugerah jenama terulung di Malaysia dan ia merupakan anugerah jenama tunggal di Malaysia untuk pengurus jenama dan pemilik jenama.
Oleh itu, hakim-hakim Putra Brands Award adalah pengguna-pengguna di kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Sehingga kini, Dato' Aliff mempunyai beberapa anak syarikat seperti Megah Perawan Sdn Bhd yang turut juga menghasilkan dan menjual produk kosmetik .

Selain itu, beliau turut menubuhkan syarikat Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan serta membolehkan syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.

Produk D'Herbs bukan sahaja dapat perhatian di dalam negara malah turut menjadi pilihan no 1 di lain-lain negara seperti Singapura dan juga Brunei.

Ini Caranya

Bermula dari bawah pelbagai ilmu sudah dikaut dan dihadam Dato' Aliff , lantas itu jua sebabnya produk syarikatnya mendapat sambutan.

Menariknya beliau tidak lokek berkongsi ilmu tersebut pada mereka yang mahu mengikut jejak langkahnya. Inilah yang akan diperturunkan kepada anda yang menyertai seminar keusahawanan anjuran beliau.
 
Dato' Aliff akan mengajar satu persatu teknik untuk memulakan perniagaan kosmetik malah membuka peluang untuk bersama-sama beliau dalam perniagaan yang lain daripada yang lain.

Strategik baru dan cara ‘marketing’ terbaik akan dibocorkan. Pelajari ilmu dan teknik untk menjadi usahawan hebat dari Dato' Aliff sendiri.

Tempat duduk adalah terhad. Hanya di buka kepada 100 orang sahaja.

Tinggal 65 orang sahaja lagi‼

Jadi jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan belajar bersama Datuk Aliff.

Yuran: RM 50 sahaja

Tarikh: 20 September 2016

Waktu: 9.30 pagi - 5.30 petang

Lokasi: level 1 Dewan Aminuddin baki, Wisma Sejarah

 
Untuk mendapatkan tempat, sila call/whatsapp:

+60 12-663 0604 (Hisham),

+60 11-1561 5151 (Nadya),

+60 17-935 4986 (ezzah)

Peluang tak datang banyak kali.



 

Anda Mungkin SUka
KOMEN