Seorang jurusolek wanita dari Malaysia meraih perhatian dunia apabila kreativiti beliau menggunakan hijab untuk membantu mengubah dirinya menjadi  watak-watak kartun Disney dan Superhero berjaya mencuri tumpuan dunia.

Menerusi akaun Instagramnya (@QueenofLuna), beliau telah berkongsi hasil karyanya dan berjaya menarik 190 ribu pengikut dengan perkongsian lebih daripada 300 gambar.

Maka tidak hairanlah beberapa portal antarabangsa turut menyiarkan berita berkenaan kreativiti wanita ini, antaranya ialah Dailymail UK, dan Metro News Canada.

Akan tetapi yang viral adalah wajahnya yang menyerupai watak kartun tapi bagaimana pula rupa asalnya? Siapa sebenarnya wanita ini?

Menerusi instagram juru solek yang dikenali sebagai Saraswati ini sesekali beliau turut  berkongsi wajah tanpa mekap dan juga kehidupan dengan dua cahaya matanya.

Namun itu saja yang diketahui tentang ibu muda ini. Punya pendirian berbeza, jika anak seni lain senang menonjolkan diri saat karya mula mendapat tumpuan namun queenofluna ini pula mengambil pendekatan menyepikan diri.

Apapun VK kongsi beberapa status di instagramnya yang memperlihatkan wajah aslinya. Yang pasti orangnya memang secantik hasil karyanya.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/1.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/2b.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/6.jpg

Ini pula Saraswati bersama dua anaknya.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/3.jpg

Di bawah ini adalah gambar hasil mekap watak kartun pada wajahnya. Mengagumkan!

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/10new.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/12new.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/14new.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/13new.jpg

Bagi anda yang mahu melihat lebih banyak sentuhan mekap Saraswati boleh mengikuti instagram miliknya. Ada banyak watak yang telah dihasilkan dan semuanya memang menarik sekali.

Sumber: Instagram @queenofluna & Sinar Harian Online

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN