Tidak mudah untuk meninggalkan kerjaya yang stabil bagi memulakan sebuah perniagaan. Risiko kegagalan amat tinggi sekiranya tiada perancangan yang betul dan rapi.

Tanpa keberanian untuk menceburi bidang baru serta ketidaksanggupan menerima kegagalan tak mungkin juga seseorang itu boleh berjaya dalam perniagaan.

Namun semua ini sanggup ditempuhi oleh wanita berusia 38 tahun, Zuriani Tajudin yang sebelum ini bekerja sebagai kontraktor di salah sebuah syarikat terkemuka.

Sebagai wanita kudratnya tidak seperti lelaki. Tetapi dia berjaya melakukan amanah yang diberikan dengan baik sekali. Selalu bekerja di luar pejabat dan berpanas setiap hari menjadi rutin kerjanya malah perkara itu juga sedikit sebanyak menjejaskan keadaan kulitnya.



Seperti kaum hawa lain yang mementing kecantikan sudah tentu perkara ini merisaukan dirinya lantas dia cuba menggunakan satu jenama produk yang sedang viral ketika ini.

Tidak mudah untuk mengekalkan kesihatan dan kecerahan kulit lebih lebih lagi pada  usia menjelang 40-an. Namun ternyata produk Co-White yang dicuba begitu berkesan  dan sesuai untuk dirinya.

Melihat keberkesanan produk itu dia kemudian nampak potensi perniagaan yang boleh dibina. Dari situ Zuriani nekad meninggalkan kerjaya sebagai kontraktor untuk menjadi stokis produk ini.

Meskipun menyedari banyak produk pencerahan di pasaran sekarang, apa yang membuatkan wanita ini yakin untuk meneruskan cita-citanya adalah kerana keberkesanan produk itu sendiri. Apatah lagi dia sendiri telah mencubanya.

Percaturan  Zuraini memang menjadi apabila pada bulan pertama sahaja lebih 1000 unit produk tersebut berjaya dijual. Permulaan yang baik untuk stokis baru seperti dirinya.

#cowhite

 

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN