Sejuk hati membaca perkongsian daripada saudara Shahrin Nasir. Beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar memaparkan gelagat seorang 'abang' yang menjaga adiknya semasa si ayah sedang menunaikan solat di sebuah surau di bandar Tawau, Sabah.

Apa yang menarik, selepas bapanya selesai solat, beliau pula bangun untuk bersolat, hebatnya didikan dari ibu baba budak lelaki ini. Betapa seorang ayah mendidik anaknya dengan akhlak sebaiknya. Jom ikuti perkongsiannya.

Berdiri kagum aku seketika...melihat anak kecil ini menjaga adiknya ketika ayahnya sedang beribadah kepada penciptaNya...

Cantik sungguh akhlak anak ini ...tidak melepaskan tanggungjawab kepada adiknya walaupun jelas dia juga masih kecil...

Setelah ayahnya selesai solat...aku terpegun sekali lagi...melihat dya pula yg beribadah kepada Tuhan...Tahniah kepada ibu bapa anak ini...

Didikan anda dan Ilmu mentauhidkan Allah sngat jelas dalam diri anak anda yg comel dan taat ini...rasa cemburu bila melihat anak ini.

#minta izin ambil gmbar ya bang...lupa bgtaw tdi..

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.”-- - Surah luqman : ayat 14

Sumber: Shahrin Nasir

KOMEN
Artikel Berkaitan