Dari luar kediaman ini memang kelihatan usang malah rumah yang berusia 200 tahun ini boleh disangka berhantu oleh sesiapa saja yang melihatnya.

Selain uzur, keadaan cat dan pintu rumah seluas 552 meter persegi yang pernah dimiliki pemuzik terkemuka Lenny Kravitz ini kelihatan rosak dan langsung tak terjaga.

Tapi nanti dulu, itu hanya luaran. Tatkala masuk ke dalam rumah yang terletak di New Orleans, Amerika Syarikat ini ramai yang ternganga.

Rumah yang dibeli Kravitz pada tahun 1994 itu memiliki interior yang luar biasa dan jauh berbeza dari luarannya.

Kediaman ini mempunyai dapur dengan rekaan dari batu granit, bilik mandi sentuhan Jepun dengan shower efek air hujan. Bilik tidurnya, memang eksklusif.

Tak perlu cakap banyak, mari lihat foto ruangan dalamannya.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/pintu%20bukak.jpg

Penampilan luaran bila pintu dibuka.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/tamu.jpg

Masuk saja, mata akan tertumpu pada ruang tamu yang wow.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/santai.jpg

Ini ruang santai untuk penghuni berehat.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/halaman.jpg

Suasana halaman rumah, tenang dan damai.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/dapur.jpg

Lihat pula bahagian dapurnya, diperbuat dari batu granit.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/bilik.jpg

Nah, ruang kamarnya yang mewah.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/bilik%20air.jpg

Tak sangka begini keadaan bilik air kediaman yang luarnya nampak buruk.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/jamban.jpg

Bilik air sentuhan moden, shower direka mempunyai efek jatuhan air hujan, hebatkan!

Menarik bukan kediaman ini, mungkin boleh jadi inspirasi untuk ubah suai rumah pusaka di kampung.

 

Sumber www.nola.curbed.com

Anda Mungkin SUka
KOMEN