Kita selalu hairan kenapa ada rumah rakan dengan anak kecil nampak kemas dan bersih sedangkan kediaman kita pula hanya kelihatan teratur  seketika saja sebelum bersepah semula.

Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari.

Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.

Lakukan 5 perkara ini setiap hari dan anda akan dapat hasil yang sama.

1. Kemas katil
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Minta anak lakukan perkara yang sama juga setiap pagi.

2. Selepas basuh baju terus lipat
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari.

3. Jangan biar singki penuh
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan.

4. Pastikan kaunter dapur sentiasa bersih
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh.

5. Kemas ruang tamu tengah hari dan malam
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas.

Tip ekstra

* Sambil mandi bersihkanlah bilik air. Sental lantai atau pun bersihkan singki dan mangkuk tandas.

* Sekali sehari sapu lantai ruang tamu dan dapur.

* Seminggu sekali mop lantai.   

Mudah saja bukan untuk dapatkan rumah yang kemas. Anda hanya perlu jadikan 5 perkara ini sebagai rutin harian.

 

 

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN