Dah la nak jumpa pun susah, dah bertemu masing-masing sibuk layan telefon. Bila kawan bersembang, tak fokus pun asyik layan WhatsApp, emel, laman sosial atau  tengok gambar.

Kalau anda mengaku rakan baik tolong jangan buat macam ni ya. Bila bertemu dengan rakan yang anda katakan sebagai sahabat baik sila letak tepi telefon bimbit sebelum ada yang terasa.

Tiada yang melarang tapi lihat kesesuaiannya

Telefon bimbit memang jadi keperluan hari ini tapi tengok tempat juga untuk menggunakannya. Apa perasaan anda bila anda bersemangat bersembang tapi rakan layan tak layan sebab asyik dengan telefon. Kecil hati bukan? Jadi jangan buat begitu apatah lagi pada rakan baik sendiri.

Usah sibuk muat naik gambar

Ramai yang begini. Janji pergi bersama tapi masing-masing sibuk mengambil gambar makanan, selfie sampai keseronokan bersama rakan terhenti. Boleh saja bergambar tapi jangan keterlaluan, nanti rakan pun boleh 'menyampah' dengan sikap kita. Mungkin juga itu kali terakhir mereka berjanji temu dengan anda.

Jarang jumpa jadi jangan sia-siakan masa

Kita mungkin selalu bersembang di WhatsApp atau aplikasi chatting di media sosial tapi jarang bertatap muka.  Bila dah bertemu jangan pula sia-siakan masa yang ada dengan melayan telefon. Kalau begitu baik berbalas mesej saja tak perlu jumpa.

Mana tahu ini pertemuan terakhir

Cuba bayangkan sekiranya ini pertemuan terakhir dengan sahabat baik anda dan anda melayannya endah tak endah. Pasti menyesal bukan kerana kenangan terakhir bersamanya adalah yang cukup menyedihkan.

Jadi selepas ini bertindaklah dengan lebih bijak. Bertemu rakan baik ketika masing-masing sudah bekerja dan berumah tangga peluang yang jarang diperoleh. Oleh itu jangan sia-siakan peluang untuk berkongsi cerita, bergurau senda mencipta memori gembira. Letak tepi telefon yang sudah tentu boleh anda capai bila-bila masa.

sumber: www.vemale.com

KOMEN