Pelbagai petua dicari oleh ibu bila berdepan masalah anak yang tak mendengar kata, melawan atau degil.

Ada yang bertemu ustaz meminta doa khusus, tak kurang juga bertemu dengan kaunselor. Tapi perkongsian seorang ibu ini menyedarkan kita bahawa petua untuk memiliki anak baik dan patuh kata orang tua sebenarnya ada pada tangan seorang ibu.

Rutin menyuapkan makanan pada anak yang dianggap remeh oleh seorang ibu apatah lagi pada anak yang dewasa rupanya memberi banyak kebaikan.  

Akuinya itulah yang membuatkan hubungan dia dengan anak rapat dan anak sentiasa mendengar kata. Ikut perkongsian bermanfaat ini.

Ada ibu yang hairan bila melihat anak orang lain tertib dan mendengar kata. Tak melawan, merungut. Saya faham, bila anak kita kecil2, kita letih kan? Kita rasa, Ya Allah cepatlah besar budak2 ni. Mama nak rehat.

Mama ni nak mandi pun tak sempat. Mama dah lama tak dapat makan dengan nikmat telan slow2, asyik telan tak kunyah je nasik punya nak cepat nak suap anak lagi...

Cepatlah boleh makan sendiri,cepatlah boleh main sendiri, cepatlah boleh duduk sendiri, cepat laaa,cepatla... Jadi kita mempercepatkan mereka utk "matang". Lagi cepat makan sendiri lagi baik, mama tak payah tengok sgt, mama x payah suap...

Petua anak jadi rapat, hormat dan dahulukan ibu dari diri mereka sendiri

Ada org tanya saya macam mana akak buat anak akak rapat, hormat dan memang dahulukan akak dari diri sendiri walaupun anak dah 10 tahun.

Anak saya tak pernah ckp tak nak, nanti atau tak boleh bila saya panggil. Anak akan berhenti dan bertanya terus walau saya hanya terbatuk! MashaaAllah..

SAYA SUAP MAKAN ANAK SAYA untuk tempoh yang lama...

Walaupun org berbunyi, anak dah besar pun suap lagi, anak nanti x reti makan sendiri, anak nanti manja, anak nanti nanti nanti (hebat tok nujum sekeliling kita). Saya buat tak tahu...

Kenapa saya suap makan anak saya, guna tangan saya dari pinggan yg sama utk semua?

Ini sebabnya!

Bila kita suap makan, kita pandang mata, dia pandang kita, kita senyum, dia bahagia, dia nampak kita sanggup skip makanan masuk mulut kita utk dia, dia tahu korban kita, dia tahu kita sayang dia, dia tahu yg kita hargai dia dan dia berharga.

Dengan cara ini juga melatih anak bersabar, berkongsi, saling mengingati dan kukuhkan kasih sayang antara adik beradik.

PERCAYALAH...

Tak selamanya anak kita mahu di suap. Ambil lah peluang masa anak masih ada masa pandang kita.

Jangan nanti bila anak dah sibuk, baru kita terhegeh2 meminta pandangan matanya walhal masa mereka memerlukan mata kita, kita terlalu sibuk nak "jauhkan" mereka dari kita...

Kepada ibu2 muda..tak selamanya kamu akan lelah...anak2 akan membesar..berlelah lelah lah kamu utk amanah Allah ini kerana tiada pengorbanan yang sia2 di sisi Allah Maha ESA.

*Tidak sokong, terpulanglah. aya sedang melihat sendiri kesannya, semoga Allah jadikan anak2 dan keturunan kita penyejuk mata dan hati kita...Amin *

Sumber: Facebook Fauzan N Siti

 

KOMEN
Artikel Berkaitan